CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Norish Karman Hamil Anak Haram Luar Nikah


Betul Ke Norish Karman Hamil Mengandung Anak Haram Luar Nikah?

Pelakon Norish Karman (gambar) yang lama menghilangkan diri daripada dunia seni kerana dikatakan hamil luar nikah akhirnya muncul dengan menafikan khabar angin itu.

Pelakon drama Spa Q ini berkata dia enggan mengambil tahu berita sensasi itu sebaliknya lebih menyibukkan dirinya dengan kerja dan anak-anaknya.

Gambar Norish Karman Seksi Hot Artis Malaysia
Gambar Norish Karman Seksi Hot Artis Malaysia

“Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

“Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

“Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja,” kata Norish Karman.

Pada Rabu lalu, pihak media yang menanti kemunculan Norish pada Festival Monodrama di Istana Budaya, Kuala Lumpur hampa kerana pelakon itu tidak muncul bagi mendapatkan komennya berhubung desas-desus itu.

Gambar Terkini Norish Karman Pakai Tudung
Gambar Terkini Norish Karman Pakai Tudung

Tambahnya lagi: “Suka hati mereka nak cakap apa (larikan diri). Saya sedang sibuk dengan penggambaran drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Azmi.

“Kenapa semua orang nak kejar saya. Saya bukan popular dan cantik. Ramai lagi yang boleh dikejar…

"Apabila orang menonton saya di Festival Monodrama itu nanti, mereka dapat menilai sendiri sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Secara logiknya, tiada siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua untuk berlakon di atas pentas."

Norish Karman Jadi Juri Pilih Kasih Ke-3

Dalam pada itu, Norish Karman turut menjelaskan sebab dia menyepikan diri dalam industri adalah kerana sibuk menjadi juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang dan berbincang dengan komposer untuk menyiapkan album pertamanya.

Festival Monodrama akan di pentaskan di Istana Budaya pada 13 dan 14 Disember ini yang turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Jasmin Hamid dan Misha Omar. (Sumber: MStar)


Tengok Video Norish Karman Cantik Jelita Aura Personaliti.





mohdrohaizad.com - Norish Karman tampil menafikannya hamil mengandung anak haram luar nikah. Gosip kontroversi liar tersebut ditaburkan setelah Norish Karman hilangkan diri dan sukar dikesan para media. Oleh itu, jangan ya fitnah yang bukan-bukan kepada Norish Karman ya melainkan ada bukti kukuh.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Norish Karman Hamil Anak Haram Luar Nikah By Mohd Rohaizad. Published: 9.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...