CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Novel "Gemersik Kalbu" Karya Penulis Anis Ayuni


Novel "Gemersik Kalbu" Karya Penulis Anis Ayuni.

Sinopsis Buku "Gemersik Kalbu":

"Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai"

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Novel Gemersik Kalbu Karya Penulis Berbakat Anis Ayuni

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun
hatiku tidak serapuh salju

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

RM 18.00
592 muka surat

Baca Novel Gemersik Kalbu Secara Online




Mohdrohaizad.com - Ehsan preview dan terbitan ALAF21 Sendirian Berhad, jika anda berminat untuk mengetahui keseluruhan cerita Novel "Gemersik Kalbu" karya novelis Anis Ayuni ini maka silalah buku ini dikedai berhampiran atau tempah secara online di "Beli Novel Gemersik Kalbu Secara Online".

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel "Gemersik Kalbu" Karya Penulis Anis Ayuni By Mohd Rohaizad. Published: 26.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...