CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pemain Bola Sepak Nazmi Faiz Bercinta Dengan Artis?


Betul Ke Pemain Bola Sepak Nazmi Faiz Bercinta Dengan Artis Neelofa?

Sejak pasukan bola sepak Harimau Muda naik daun ni, ramai sungguh yang mula minat pada mereka. Paling tidak Syed pasti ramai yang berbangga dengan pencapaian mereka yang memang cukup memberangsangkan tu.

Cuma bila diberi publisiti berterusan, ramai yang mula ambil perhatian. Terbaru ramai yang mula nampak golongan artis yang mula berminat dengan mereka ni.

Gambar Neelofa Bercinta Dengan Pemain Bola Sepak
Gambar Neelofa Bercinta Dengan Pemain Bola Sepak

Salah seorangnya Neelofa, nama dia mula panas apabila dikaitkan dengan salah seorang pemain muda. Macam-macam versi cerita yang Syed dengar termasuklah pelawaan Neelofa yang nak ajak pemain kita makan malam.

Cuma ada beberapa peminat bola yang mula tak puas hati bila ada artis macam Neelofa yang minat bola sepak. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan dan ada yang sanggup menyebarkan e-mel mengatakan artis macam Neelofa akan menjatuhkan moral pemain sebab menghimpit pemain bola.

Syed sempat berbual dengan Neelofa baru-baru ni. Dia memang terkejut dikaitkan dengan nama beberapa pemain Harimau Muda sedangkan antara dirinya langsung tak ada apa-apa hubungan.

Gambar Nazmi Faiz dan Dikatakan Bercinta Dengan Neelofa
Gambar Nazmi Faiz dan Dikatakan Bercinta Dengan Neelofa

“Saya tahu orang banyak bercakap hal tu. Tapi apa lagi saya nak cakap selain ketawa sahaja. saya minat bola sepak tapi tak sampai nak himpit mana-mana pemain.

“Yang saya kenal pun hanya Apex. Itupun kenal sebab dia popular dan dia penjaga gol yang hebat tapi tidaklah kenal secara dekat pun. Pemain lain langsung saya tak kenal.

Neelofa Nafi Bercinta Dengan Nazmi Faiz

“Bila balik daripada Lombok baru-baru ni, ramai sangat yang twit saya pasal Nazmi Faiz. Saya pun tak mengenali pemain tu secara peribadi. Kalau tanya dia pun dia akan ketawa dengan penyebaran cerita oleh orang-orang yang puas hati ni.

“Kepada orang yang menyebar cerita buruk pasal saya tu, bersabarlah. saya tak macam mana yang mereka dakwa sebab saya tak seperti itu. Orang boleh buat cerita macam-macam tapi kena tahu asas juga.

“Tak mengapalah, asalkan pemain kita berjaya dalam kerjaya mereka sudah cukup baik,” kata bakal pengacara Nona 2012 ini lagi.

Syed: Tunggu hati seseorang. (Sumber: Utusan Malaysia)


Tengok Video Nazmi Faiz Pemain Harimau Muda dalam Pauskan Bola Sepak Malaysia Yang Berbakat.


mohdrohaizad.com - Nazmi Faiz Mansor masih lagi muda, memang diakui antara pelapis muda yang berbakat dalam sukan bola sepak. Betul ke Nazmi Faiz dan Neelofa? Tentu anda semua dapat jangkanya, yang semua ini hanyalah gosip semata-mata.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pemain Bola Sepak Nazmi Faiz Bercinta Dengan Artis? By Mohd Rohaizad. Published: 11.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...