CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Penulis Novel Ombak Rindu Kena Tipu Alaf 21?


Penulis Novel Ombak Rindu Fauziah Ashari Kena Tipu Alaf 21?

Kecewa dengan sikap penulis novel, Ombak Rindu, Fauziah Ashari, yang mendakwa tidak menerima bayaran setimpal daripada syarikat penerbitan naskahnya, Alaf 21, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata sesungguhnya dakwaan tersebut tidak berasas.

Katanya, segala apa yang diterima Fauziah sememangnya mengikut perjanjian yang telah pun ditetapkan, malah penulis buku itu juga telah menerima bayaran royalti sebanyak RM 219,000 sejak dicetak pada sembilan tahun lalu.

Gambar Pelakon Utama Filem Ombak Rindu Adaptasi Novel Fauziah Ashari
Gambar Pelakon Utama Filem Ombak Rindu Adaptasi Novel Fauziah Ashari

"Saya kesal dengan sikapnya yang memberitahu menerima bayaran tidak setimpal. Bagaimana tidak setimpal sedangkan dia telah menerima RM219, 000 hasil cetakan novel itu.

"Manakala hasil bayaran setelah novel ini diadaptasi pula dia menerima RM 1,600 kerana kami menjualnya kepada penerbit dengan harga RM 4,000. Kira dia menerima 40 peratus daripada apa yang telah ditetapkan," katanya mengulas mengenai rasa tidak puas hati Fauziah Ashari baru-baru ini.

Fauziah Ashari Tidak Bersyukur?

Mengganggap perilaku Fauziah Ashari, sebagai insan yang tidak mensyukuri nikmat Ilahi, kerana disebabkan proses adaptasi itu juga, membuatkan novelnya diulang cetak semula sebanyak 40 ribu.

"Novel tersebut diulang cetak sebanyak 40 ribu naskhah setelah ditayangkan di pawagam dan dia bakal menerima royalti sebanyak RM50,000 lagi untuk cetakan baru ini. Sewajarnya dia menghargai apa yang berlaku,"jelasnya penuh kesal.

Gambar Fauziah Ashari Pencipta Novel Ombak Rindu
Gambar Fauziah Ashari Pencipta Novel Ombak Rindu

Mengenai isu pembelian hak cipta novel itu oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd pada tahun 2009 yang mana Fauziah mendakwa hanya mengetahuinya menerusi akhbar, kata Hussamuddin, sememangnya pihaknya berhak berbuat apa-apa tanpa pengetahuannya.

"Dalam kontrak telah jelas menyatakan setiap perjanjian yang ditandatangani oleh Alaf 21 bersama penulis.

Terdapat klausa yang membenarkan pihak penerbit melakukan apa sahaja kepada hasil karya penulis termasuk diadaptasi ke filem, pementasan, video atau apa sahaja tanpa perlu merujuk kepada penulis".

Fauziah Ashari Tidak Tahu Tentang Kontrak?

"Jadi apabila tahun 2009, Tarantella Pictures telah menyatakan minat terhadap novel Ombak Rindu dan Alaf 21 telah menjual hak menerbitkan filem itu kepada Tarantella Pictures, itu hak kami. Dia tidak perlu diberitahu, sebaliknya pembayaran tetap dia terima.

"Saya melihat adaptasi novel kepada filem satu perkara yang baik kerana apabila filem mendapat sambutan, secara tidak langsung novel itu terjual atau dicetak semula,"ucapnya lagi.

Tidak bercadang mengambil tindakan terhadap wanita itu, sebaliknya kata Hussamuddin, Fauziah sebenarnya tidak memahami dan mengerti mengenai urusan niaga yang berlaku. (Sumber: Portal Murai)


Tengok Video Penjelasan Kontroversi Novel Fauziah Ashari Tentang Filem Ombak Rindu. 


mohdrohaizad.com - Filem Ombak Rindu adaptasi novel karya Fauziah Ashari mendapat kerjayaan yang luar biasa. Namun Fauziah Ashari sedikit tidak puas hati tentang pembayaran yang rasanya tidak berbaloi berbanding apa yang syarikat dapat. Bagaimana anda rasa apabila karya titik peluh anda diperbuat sedemikian? Orang lain mendapat keuntungan berpuluh kali, kenapa Kak Fauziah Ashari dapat ciput sahaja?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Penulis Novel Ombak Rindu Kena Tipu Alaf 21? By Mohd Rohaizad. Published: 10.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...