CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Percintaan: Syarif Sleeq & Amanda Imani Panas Bercinta


Percintaan: Syarif Sleeq & Amanda Imani Panas Bercinta?

Susulan daripada isu perpisahan antara pendatang baru Amanda Imani dengan seorang jejaka yang merupakan anggota kumpulan Sleeq dari Singapura, kami telah mendapatkan kenyataan daripada empunya badan.

Tanpa berselindung, Syarifullah Ahmad, 22 tahun atau Syarif yang telah dihubungi telah membuat pengakuan jujur bahawa dia pernah berhubungan dengan penyanyi bertubuh seksi itu sejak mengenali satu sama lain ketika Anugerah Planet Muzik di Singapura, Julai lalu.

Malah dia turut mengaku, telah mengecewakan hati Amanda Imani atas keterlanjurannya tidak berterus terang bahawa dirinya sudah dimiliki kerana beranggapan hubungan yang terjalin antara mereka berdua hanya sekadar teman biasa saja.

Gambar Syarif Sleeq dan Amanda Imani Hangat Dilamun Cinta
Gambar Syarif Sleeq dan Amanda Imani Hangat Dilamun Cinta

"Memang salah saya kerana tidak memberi tahu Amanda Imani bahawa saya sudah mempunyai teman wanita. Ingin saya perbetulkan di sini, bahawa dia adalah teman wanita saya dan bukannya tunang saya seperti yang diceritakan.

"Bagaimanpun saya agak terkilan, mengapa perkara ini perlu sampai ke pengetahuan pihak media. Pada hal ianya boleh diselesaikan secara baik antara kami berdua saja," katanya yang meluahkan perasaan kesal dengan kejadian tidak diduga itu.

Amanda Imani Rampas Syarif Sleeq

Hubungan mereka mula berantakan apabila kekasih Syarif yang mendakwa tunangannya telah menghubungi Amanda Imani menerusi laman sosial Facebook untuk mendapatkan kepastian sama ada Amanda Imani dan Syarif telah menjalinkan hubungan cinta bersama.

Menurut Syarif, selepas kejadian itu dia tidak lagi mendengar khabar berita daripada Amanda Imani, walhal adalah lebih manis jika persahabatan yang terjalin dapat diteruskan memandangkan masing-masing dalam bidang serup .

Selain Syarif, kumpulan Sleeq turut dianggotai Alif Abdullah yang mana telah mula ditubuhkan sejak 2005.

Menjawab soalan adakah dia seorang playboy seperti mana yang didakwa, Syarif hanya dapat tersenyum kerana baginya gelaran itu amat besar maknanya apatah lagi dia bukanlah jenis lelaki yang memiliki ramai teman wanita.

Syarif Sleeq Playboy?

"Tak mungkin saya seorang playboy. Sebab hakikatnya saya tidak pernah ada ramai teman wanita dan setakat ini saya hanya ada seorang kekasih saja.

"Bersama Amanda Imani, saya tidak pernah membuat keputusan bahawa kami bercinta atau saling sayang menyayangi, walaupun saya tahu saya memang sukakan Amanda. Tapi hanya sebagai kawan saja.

"Ingin juga saya perbetulkan di sini, bahawa kami berkawan hanya dalam tempoh dua hingga tiga bulan bukannya enam bulan seperti yang dinyatakan Amanda Imani sebelum ini," katanya penyanyi yang semakin popular dengan lagu Sesaat Kau Datang dendangan bersama ratu pop Ramlah Ram.

Tambah Syarif, dia juga agak kesal dengan tindakan teman wanitanya yang menghubungi Amanda menerusi laman sosial Facebook milik penyanyi itu, bagaimanapun berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

Namun nasi sudah menjadi bubur. Apa yang diharapkan oleh anak muda itu agar masalah peribadi berkenaan tidak akan membawa perasaan hasat dengki dan benci antara mereka berdua. (Sumber: Portal Murai)


Video "Syarif Sleeq" Lakonan Artis Singapura.


mohdrohaizad.com - Begitulah pengakuan Syarif Sleeq yang mula jatuh cinta dengan Amanda Imani. Adakah hubungan Syarif Sleeq dan Amanda Imani akan berkekalan? Apabila playboy berjumpa playgirl.. Hehehe

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Percintaan: Syarif Sleeq & Amanda Imani Panas Bercinta By Mohd Rohaizad. Published: 24.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...