CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Perkahwinan: Fasha Sandha & Jejai Umumkan Tarikh


Perkahwinan: Fasha Sandha & Jejai Janji Akan Umumkan Tarikh Majlis Pernikahan?

Kisah percintaan aktres jelita Fasha Sandha dan Jejai bukan lagi rahsia. Malah baru-baru ini, gambar Fasha Sandha memakai gaun pengantin turut tersebar di laman sosial yang sekaligus mencetuskan khabar angin yang mengatakan Fasha Sandha bakal mengakhiri zaman solonya.

Ada yang menyatakan awal tahun depan bakal berlangsung majlis indah antara Fasha Sandha dan buah hatinya itu.

Fasha Sandha ditemui pada majlis pelancaran filem Penanggal, sambil tersenyum manis, Fasha Sandha, menafikan khabar angin tersebut namun mengakui bakal memberitahu kepada umum tarikh perkahwinannya apabila tiba waktu.

Gambar Fasha Sandha Seksi Hot Artis Penuh Kontroversi
 Gambar Fasha Sandha Seksi Hot Artis Penuh Kontroversi

"Kalau awal tahun depan memang tidak akan berlaku apa-apa majlis seperti yang dikhabarkan kerana bulan Februari sahaja, saya sibuk dengan pengambaran drama Seindah Sakura dan akan berada di Paris. Apa yang boleh saya katakan kini apabila sampai masanya akan saya beritahu kepada umum berita baik itu dan tidak akan merahsiakannya.

"Bukan tidak mahu memberitahu pada masa ini, cuma kita tidak tahu apa akan jadi masa depan. Apabila hampir tiba masanya akan saya beritahu kepada semua. Jadi saya berharap doakanlah agar kebahagiaan berpihak kepada saya. Insyaallah akan tiba masanya," katanya membuka bicara mengenai perkahwinannya.

Fasha Sandha Sedia Bergelar Isteri

Mengakui telah pun bersedia bergelar isteri, kata pelakon berusia 27 tahun ini, perkahwinannya kelak, seboleh mungkin dia tidak mahu ditaja oleh mana-mana pihak seperti mana sesetengah artis sebelum ini.

Sebaliknya dia lebih selesa agar menggunakan keringat sendiri dan redha membiarkan majlis berkenaan diadakan dalam keadaan sederhana.

Gambar Fasha Sandha Pakai Baju Pengantin
Gambar Fasha Sandha Pakai Baju Pengantin

"Tidak perlulah ditaja dan sebagainya. Saya lebih selesa menggunakan duit sendiri dan majlis yang diadakan itu nanti biarlah sederhana,"jelasnya yang tidak mahu bertunang sebaliknya mahu terus bernikah dan bersanding.

Fasha Sandha Mahu Berhenti Berlakon?

Malah kata anak kelahiran Johor Bahru itu lagi, selepas mendirikan rumahtangga, dia bakal mengurangkan aktiviti seninya dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaannya.

"Saya akan mengurangkan aktiviti seni selepas berkahwin dan itu merupakan keputusan saya sendiri. Saya mahu menjaga rumahtangga dan keluarga saya. Di samping itu, saya akan memberikan tumpuan kepada perniagaan salun saya dan berharap akan dapat membuka cawangan di lokasi lain pula,"ucapnya. (Sumber: Portal Murai)


Video Terkini Fasha Sandha Semasa Pengambaran Filem "Penanggal". 



mohdrohaizad.com - Kami jangkakan Fasha Sandha akan mengumumkan tarikh perkahwinannya pada awal 2012. Fasha Sandha pun nampak sudah bersedia untuk menjadi isteri Jejai. Lepas ini kontroversi Fasha Sandha akan berkurangan la kot ya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Perkahwinan: Fasha Sandha & Jejai Umumkan Tarikh By Mohd Rohaizad. Published: 18.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...