CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Perkahwinan: Lisa Surihani & Yusry KRU Umum Tarikh


Perkahwinan: Lisa Surihani & Yusry KRU Umum Tarikh Majlis Pernikahan Mereka?

Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.

Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Lisa Surihani dan Yusry KRU Umumkan Tarikh Majlis Perkahwinan
Lisa Surihani dan Yusry KRU Umumkan Tarikh Majlis Perkahwinan

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Lisa Surihani & Yusry KRU Bernikah Awal Tahun 2012

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang. (Sumber: Mstar)


Video Lisa Surihani & Yusry KRU Pasangan Merpati Dua Sejoli Diterjah Wartawan Hiburan.


mohdrohaizad.com - Nampaknya Lisa Surihani dan Yusry KRU bakal melangsungkan "Wedding of the Year 2012". Jangan lupa untuk tunggu hari Sabtu ini tentang pengumuman tarikh Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Perkahwinan: Lisa Surihani & Yusry KRU Umum Tarikh By Mohd Rohaizad. Published: 23.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...