CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pernikahan Artis: Azza Elite Bakal Bernikah Tahun Depan


Pernikahan Artis Janda: Azza Elite Bakal Bernikah Tahun Depan!

Selepas lama hidup tanpa dibelai kasih sayang seorang suami, bekas penyanyi kumpulan Elite, (Gambar) Azzarima Zawari atau Azza Elite akhirnya bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pramugara pada awal tahun depan.

Azza Elite memberitahu kepada kami, keputusan itu diambil setelah melihat penerimaan baik daripada jejaka tersebut terhadap statusnya dan anaknya, Marissa Janna, 6 tahun.

Azza Elite Umumkan Tarikh Majlis Pernikahan
Azza Elite Umumkan Tarikh Majlis Pernikahan

"Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya.

"Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya.

"Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda," katanya yang ditemui selepas pelancaran, laman sosial, MFace di sini baru-baru ini.

Azza Elite Tidak Sabar Bergelar Isteri Kembali

Oleh sebab itu, Azza Elite berkata dia tidak mahu melambatkan perkahwinannya dengan jejaka tersebut selepas masing-masing berjaya menjalin persefahaman yang baik.

"Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangn bersama.

"Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang," katanya.

Perceraian Azza Elite dan Mohd Ehsan Adruce

Perkahwinan Azza sebelum ini bersama Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat bertahan lama dan akhirnya mereka berpisah kira-kira lima tahun yang lalu.

Azza yang kini masih aktif menyanyi di majlis korporat, bakal keluar dengan single terbaru berjudul, Boleh Jalan pada awal tahun hadapan. (Sumber: Portal Murai)


Video Azza Elite Seksi Hot "Kau Boleh Jalan".


mohdrohaizad.com - Tahniah diucapkan kepada Azza Elite yang akan menggadakan majlis pernikahannya pada tahun depan si pramugara. Nampaknya, Azza Elite tidak sabar bergelar isteri setelah lama menjanda. Kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Azza Elite.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pernikahan Artis: Azza Elite Bakal Bernikah Tahun Depan By Mohd Rohaizad. Published: 24.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...