CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Randy Pangalila Drama "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang"


Randy Pangalila Berlakon Drama Malaysia "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang"?

Pengarah drama, Michael Ang memberitahu sanggup menunggu pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila untuk berlakon dalam drama terbaru arahannya, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Michael Ang berkata, kesibukan pelakon berusia 21 tahun itu menjayakan drama bersiri Nada Cinta di Indonesia tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus mendapatkan bintang muda itu.

Gambar Randy Pangalila Seksi Hot Artis Muda Indonesia
Gambar Randy Pangalila Seksi Hot Artis Muda Indonesia

"Randy Pangalila adalah seorang bintang muda yang bukan sahaja popular di Indonesia tetapi juga di Malaysia gara-gara sinetron Nada Cinta yang disiarkan di Astro Ria.

"Atas dasar itu saya sanggup menunggunya untuk menjayakan drama ini," ujar Michael Ang ketika ditemui pada majlis pra-tonton drama tersebut di sini pada Khamis.

Michael Ang berkata, pihaknya melalui Cube Film mula merisik pelakon berkenaan sejak awal tahun ini dan komitmennya terhadap sinetron yang mempunyai durasi episod panjang telah membantutkan perancangan mereka.

Gambar Para Pelakon Drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
Gambar Para Pelakon Drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

"Selepas selesai dia menjalani lebih 200 episod drama bersiri itu barulah kami berbincang secara serius untuk menggandingkannya dengan pelakon muda, Elfira Loy dalam drama itu yang akhirnya menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Michael Ang memberitahu, dia memilih Randy Pangalila bukan sahaja kerana pelakon itu sedang popular tetapi juga ingin memberikan kelainan pada drama yang turut dibintangi oleh Sharifah Shahora dan Didie Alias.

Malaysia Kekurangan Hero Lelaki

Ujar Michael Ang lagi, faktor kekurangan pelakon lelaki muda di negara ini juga telah menjadi antara penyebab dia memilih Randy Pangalila.

"Di Malaysia tidak ramai pelakon lelaki muda yang sesuai untuk digandingkan dengan Elfira Loy. Oleh kerana itu saya memilih dia untuk berlakon dalam “Biar Mimpi Sampai Ke Bintang” dalam usaha menggabungkan pelakon dari dua buah negara," ujar Michael Ang.

Sementara itu, Michael Ang berkata, tidak sukar bekerja dengan Randy Pangalila kerana dia senang menerima arahan dan dedikasi ketika berada di lokasi.

Elfira Loy & Randy Pangalila Bercinta

Katanya, Elfira Loy juga memberikan komitmen tinggi walaupun dalam drama tersebut adalah pertama kali pelakon berusia 17 tahun itu memegang watak romantik.

"Ia adalah satu perubahan pada Elfira Loy yang sebelum ini banyak memegang watak budak sekolah dan melalui drama ini kita dapat melihat transformasinya dari seorang pelakon kanak-kanak kepada pelakon wanita yang cukup berbakat," ujar Michael Ang gembira.

Biar Mimpi Sampai Bintang adalah sebuah drama romantik antara dua darjat bakal disiarkan pada 22 Disember ini di saluran Astro Ria. (Sumber: MStar)


Video Randy Pangalila "I Need You" OST Sinetron "Nada Cinta". 


mohdrohaizad.com - Randy Pangalila memang menjadi kegilaan terbaru di Indonesia dan Malaysia. Jika drama "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang" berjaya menggunakan khidmat Randy Pangalila, adakah drama tersebut akan gempak seperti sinetron? Kita tunggu dan lihat..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Randy Pangalila Drama "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang" By Mohd Rohaizad. Published: 16.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...