CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Review Filem "Suatu Malam Kubur Berasap" Sindir Pengkaji Paranormal


Review Filem "Suatu Malam Kubur Berasap" Sindir Pengkaji Paranormal?

Pengarah filem Suatu Malam Kubur Berasap, Ernie Chen tiada niat menyindir pengkaji aktiviti paranormal dan mencedok idea filem komedi seram yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Menurut Ernie, skrip yang ditulis oleh Sasha dan idea oleh Hakim itu digarap hasil perbincangan bersama yang hanya bertujuan untuk menghiburkan penonton.

Gambar Poster Filem Suatu Malam Kubur Berasap
Gambar Poster Filem Suatu Malam Kubur Berasap

“Untuk adegan paranormal itu, kami hanya ingin menunjukkan selingan cerita tentang kewujudan paranormal yang berminat untuk mencari hantu di Kampung Angan Tak Sudah.

“Selain itu, kami akui filem ini mungkin mempunyai persamaan dengan filem lain tetapi secara umumnya kami hanya ingin memaparkan cerita yang mampu membuatkan penonton terkejut dan gelak ketawa,” katanya ketika sidang media selepas tayangan media filem tersebut di Cathay Cineleisure, Damansara, di sini, Selasa.

Walaupun filem tersebut belum, Ernie Chan berkata pihak produksi outLOUD Studios Sdn Bhd akan berbincang untuk membikin sekuel filem ini pada minggu hadapan.

Gambar Ernie Chan Pengarah Filem Kontroversi
Gambar Ernie Chan Pengarah Filem Kontroversi

Katanya lagi, filem yang akan ditayangkan pada 22 Disember depan itu menelan kos RM1.3 juta termasuk promosi dan iklan.

Pihaknya turut menjaga sensitiviti orang Islam apabila membuat kubur palsu untuk babak yang melibatkan pelakon perlu baring di atas tanah perkuburan.

Selain itu, filem ini buat pertama kalinya menggabungkan lima alumni Raja Lawak iaitu Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz.

Sinopsis Filem Suatu Malam Kubur Berasap

“Seperti yang diketahui keserasian Along dan Angah memang sudah nampak menerusi lakonan mereka sebelum ini. Buat pertama kalinya juga kami menyatukan Along dan Azrul yang berasal dari kumpulan Cham.

“Kami juga tidak mengetepikan alumni Raja Lawak yang lain seperti Wira dan Faiz dari Raja Lawak 4 kerana kami ingin mencungkil bakat mereka yang belum diketahui oleh penonton,” katanya lagi yang turut berlakon dalam filem ini.

Suatu Malam Kubur Berasap, turut membariskan pelakon Zach Diamond, Ruminah Sidek, Zami Ismail, Accapan dan pendatang baru, Nurul Ain Nordin.

Filem ini merupakan filem terakhir Zami atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda yang meninggal dunia pada 19 Jun lalu akibat kegagalan jantung. (Sumber: MStar)


Video Trailer Filem Suatu Malam Kubur Berasap.


mohdrohaizad.com - Filem Suatu Malam Kubur Berasap bukan niat untuk sindir pengkaji paranormal atau pengejar hantu tetapi sekadar membuat jenaka komedi untuk para penonton gelak ketawa. Dah tengok trailer filem Suatu Malam Kubur Berasap? Best tak?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Review Filem "Suatu Malam Kubur Berasap" Sindir Pengkaji Paranormal By Mohd Rohaizad. Published: 14.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...