CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Senarai Pemenang Asian Television Awards (ATA 2011) Winners


Senarai Pemenang Asian Television Awards (ATA 2011) Winners.

Pelakon jelita, Erra Fazira yang tercalon dalam kategori, Pelakon Wanita Terbaik Drama di malam anugerah Asian Television Awards 2011 (ATA 2011) telah tewas dengan pelakon Hong Kong, Charmaine Sheh.

ATA 2011 yang berlangsung di Shangri-La Hotel, Singapura malam semalam telah menyaksikan Charmaine Sheh menerusi drama Can't Buy Me Love telah menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama.

Apa yang pasti, ATA 2011 merupakan pencalonan kedua Erra Fazira tewas menerusi drama Sanggul Beracun lakonannya selepas tidak berjaya merangkul Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2011 yang lalu.

Gambar Peserta Asian Television Awards ATA 2011 Winners

Bukan sahaja Erra Fazira,malah lebih mengecewakan semua pencalonan daripada Malayisa tidak berjaya membawa pulang kemenangan di anugerah berprestij berkenaan.

Antara pencalonan yang Malaysia tewas adalah program Astro Citra iaitu 7 Lagu menerusi kategori Drama atau Televisyen Terbaik, program Astro Ria, Akustika Raya (Program Muzikal Terbaik), program Astro Ceria, Clever Edisi Malaysia (Adaptasi Program Terbaik), lagu Edry Abdul Halim, Hambamu: Lagu Tema Imam Muda Musim 2 (Lagu Tema Terbaik) dan banyak lagi.

Sungguhpun begitu, Japan's NHK (Japan Broadcasting Corp.), MediaCorp (Singapura) dan CNN International merupakan antara yang menyerlah di ATA 2011 apabila ramai artis-artis dan penggiat karya-karya dalam TV program telah dinobatkan sebagai pemenang.

Berbeza dengan tahun lalu, Asian Televison Awards 2010 (ATA 2010) telah menyaksikan Malaysia berjaya memenangi Anugerah Program Permainan Kuiz Terbaik menerusi program Jangan Lupa Lirik yang dikemudikan oleh pengacara nombor satu negara, Aznil Hj Nawawi.

ATA yang kini meniti tahun yang ke-16 penganjurannya, merupakan satu-satunya majlis anugerah media peringkat Asia yang mengiktiraf kebolehan dan kemampuan luar biasa yang dapat membantu membawa industri ini ke tahap lebih tinggi di seluruh Asia.

Senarai Pemenang Bagi Asian Television Awards (ATA 2011)

DOKUMENTARI TERBAIK - Yu Guo and His Mother / Shanghai Media Group /China

SIRI DOKUMENTARI TERBAIK - The Soul of Reporting / Tokyo Broadcasting System Television, Inc. / Jepun

PROGRAM SEJARAH SEMUALAJADI ATAU HIDUPAN LIAR TERBAIK- Life Force: Madagascar / NHK (Japan Broadcasting Corp.) /General TV Channel / Japan / A co-production of NHK, NHNZ and France Television in association with Science Channel

PROGRAM BERITA TERBAIK - Shanghai Live / Shanghai Media Group / International Channel Shanghai/ China

BERITA ATAU LAPORAN TERBAIK - Bangladesh Begging Boy / CNN International / Hong Kong

DRAMA SIRI TERBAIK - Days We Stared at the Sun (Episode 1) / Public Television Service, Taiwan / Public Television Service Foundation, PTS / Taiwan

DRAMA ATAU TELEMOVIE TERBAIK - Threads of Our Hearts / NHK (Japan Broadcasting Corp.) / General TV Channel / Jepun

PROGRAM KOMEDI TERBAIK - The Noose Season 4 / MediaCorp Pte Ltd / Channel 5 /Singapura

PROGRAM HAL EHWAL TERKINI TERBAIK - The Nonfiction Special "Unforgettable - Three Family Portraits" / Fuji Television Network, Inc. / Fuji Television / Jepun

PROGRAM KANAK-KANAK TERBAIK - My Place - 1878 Henry / Australian Children's Television Foundation / Australian Broadcasting Corp., ABC 3 / Australia

PROGRAM PRA-SEKOLAH TERBAIK - Doby & Disy / Win Sing Company Limited /Hunan Broadcasting System, Aniworld TV / China

HIBURAN TERBAIK - Nep-Kids League: Whiz-Kids Theater! / Fuji Television Network, Inc. / Fuji Television /Jepun

PROGRAM HIBURAN AM TERBAIK - Jhalak Dikhhla Jaa (Season 4) / BBC Worldwide Productions / Sony Television, Sony Entertainment Television /India

PROGRAM MAINAN ATAU KUIZ TERBAIK- Wittaya Subphayuth / Workpoint Entertainment Public Company Limited / Royal Thai Army Radio & Television, Channel 5N/Thailand

PROGRAM MUZIK TERBAIK - Muse & MTV EXIT: MK Ultra / MTV EXIT Foundation / Starhub Cable TV, MTV Southeast Asia / Thailand

PROGRAM REALITI TERBAIK - Girls Night Out / Miditech Pvt. Ltd /Colors (Viacom 18) /India
PROGRAM INFORMASI TERBAIK - China's Extreme Skywalker / AETN All Asia Networks / The Biography Channel / Singapura

PROGRAM BUAL BICARA TERBAIK - The Bottomline with Boy Abunda / ABS-CBN Corporation / ABS-CBN, Channel 2 /Filipina

PROGRAM KESEDARAN SOSIAL TERBAIK - Nepal's Stolen Children / CNN International / Hong Kong

PROGRAM ADAPTASI FORMAT TERBAIK - The Amazing Race Australia (Episode 1) / activeTV Pty Ltd / Seven Network, Channel 7 /Australia

PROGRAM CARA HIDUP TERBAIK - Stressbuster (Episode 1) - Learn Something New / MediaCorp Pte Ltd / Channel NewsAsia / Singapura

PENYAMPAI ATAU PENGACARA HIBURAN TERBAIK - Denise Keller / Passage to Malaysia: Pulau Paradise / Discovery Networks Asia Pacific / Discovery TLC / Singapura

PELAKON UTAMA LELAKI TERBAIK - Kevin Cheng / Ghetto Justice / Television Broadcasts Limited / Hong Kong

PELAKON WANITA UTAMA TERBAIK - Charmaine Sheh / Can't Buy Me Love / Television Broadcasts Limited / Hong Kong

PELAKON KOMEDI TERBAIK - Suhaimi Yusof / The Noose Season 4 / MediaCorp Pte Ltd / Singapura
LAGU TEMA TERBAK - Boy Christopher Ramos / Star Confessions: OST - "Ito Ang Buhay ko" (This is My Life) / ABC Development Corporation / Filipina

(Sumber: Portal Murai)
mohdrohaizad.com - Tahniah kepada para pemenang dalam Asian Television Awards (ATA 2011). Namun sedikit kecewa tetap ada apabila tiada seorang pun pemenang dari Malaysia. Diharap artis Malaysia akan berjaya pada tahun hadapan dalam Asian Television Awards (ATA 2012).

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Senarai Pemenang Asian Television Awards (ATA 2011) Winners By Mohd Rohaizad. Published: 9.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...