CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sharifah Aini Kena Tipu Penganjur Persembahan Pentas


Sharifah Aini Serik Kena Tipu Penganjur Persembahan Pentas?

Pengalaman sering ditipu penganjur membuatkan Biduanita Datuk Sharifah Aini serik untuk menerima tawaran mengadakan persembahan pentas anjuran pihak lain.

Namun sebagai anak seni, alasan itu tidak boleh dijadikan kekangan kerana di luar sana ramai peminat yang tidak jemu untuk menonton persembahan pentasnya.

Lantaran itu tanpa pengalaman asas sebagai penganjur, Sharifah Aini atau mesra dengan panggilan Kak Pah menubuhkan syarikat Seri Dewi Production Sdn. Bhd sebagai medium meneruskan kerjaya seninya.

Menerusi syarikat tersebut, sehingga kini, Kak Pah berjaya menganjurkan enam persembahan makan malam amal termasuklah Majlis Makan Malam Tiga Sahabat yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Sabtu lalu.

Menurut Kak Pah, untuk menjayakan persembahan amal yang turut menampilkan Grace Simon dan Dewi Yull dari Indonesia, dia dan rakan kongsinya mengambil masa selama empat bulan untuk mengendalikan segala urusan, termasuk penjualan meja kepada penaja.

Datuk Sharifah Aini Serik Kena Tipu Pihak Penganjur
Datuk Sharifah Aini Serik Kena Tipu Pihak Penganjur

"Alhamdulillah, kerja empat bulan Kak Pah berbaloi malam ini. Memang penat tapi majlis ini sukses. Sebelum ini Kak Pah cuma bersedia untuk menyanyi sahaja, tapi kali ini kena ambil tahu daripada A sampai Z.

"Bayangkan pukul 3 pagi, Kak Pah masih mengadap komputer untuk e-mel surat pada klien. Malah tadi sebelum menyanyi, Kak Pah sempat menyusun kerusi meja sebab nak pastikan semua orang berpuas hati," katanya yang turut mendapat kerjasama Lime Event Management dan Islamic Aid Malaysia.

Malah untuk majlis yang bertujuan mengumpul serta memberi dana kepada Madrasah Tahfiz Tahsin Al-Quran, Kampung Sri Langkas, Puchong dan Baitul Ehsan, Taman Maluri, penyanyi tersohor itu hanya mencetak 350 keping tiket sahaja pada awalnya.

Bagaimanapun, pada saat akhir, ramai yang ingin turut serta dalam projek amal itu dan akhirnya kira-kira 760 orang hadir memeriahkan majlis Malam Tiga Sahabat.

Tiket Majlis Tiga Sahabat Anjuran Sharifah Aini Sold Out

"Awalnya Kak Pah takut nak cetak tiket banyak, maklumlah kita tidak boleh paksa orang untuk membeli. Alhamdulillah semakin hampir dengan hari persembahan, permintaan bertambah.

"Memanglah ini majlis amal dan kutipannya untuk diberikan kepada pihak yang telah terpilih. Bagaimanapun, bukan 100 peratus diserahkan, kerana Kak Pah juga perlu modal untuk membayar artis dan pemuzik kerana kos persembahan ini menelan belanja sekitar RM190,000," jelasnya secara terperinci.

Apa pun kata Kak Pah, setakat ini dia sudah berjaya menyalurkan sumbangan sebanyak RM82,000 kepada beberapa sekolah tahfiz hasil daripada lima persembahan amalnya yang dibuat di sekitar Lembah Kelang.

Menyedari di negeri lain juga ada sekolah tahfiz yang memerlukan bantuan, maka penyanyi itu bercadang untuk menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur seperti di Johor Bahru.

"Tahun depan Kak Pah bercadang buat di negeri lain pula. Mungkin pada persembahan akan datang, Kak Pah hanya undang seorang sahaja rakan artis dari Indonesia untuk satu lokasi.

"Kak Pah amat terharu kerana Grace dan Dewi Yull sudi menerima undangan biarpun bayaran tidak seberapa. Bukan tidak mahu jemput artis tempatan, tapi ada yang minta bayaran mahal. Tapi kalau ada yang ingin bersama-sama Kak Pah menjayakan projek amal, dialu-alukan," katanya.

Datuk Sharifah Aini Masih Teguh di Pentas

Sudah menjadi kebiasaan Sharifah Aini, ketika beraksi di pentas dia suka berinteraksi dengan penonton dan sebab itulah penyanyi tersebut hanya akan muncul mengadakan persembahan selepas selesai acara makan malam.

Meskipun Sharifah Aini muncul pada pukul 10.40 malam, selepas Grace dan Dewi Yull tampil mendendangkan beberapa buah lagu popular mereka, penyanyi itu tetap mendapat tepukan gemuruh.

Dia yang mengena pakaian berwarna biru firus rekaan Ezuwan Ismail memberitahu, biarpun sudah 42 tahun bergelumang dalam seni, namun perasaan gemuruh tetap ada untuk memulakan persembahan.

"Percayalah, perasaan gemuruh itu sentiasa ada walaupun saya sudah lama dalam bidang ini. Apa pun saya tetap akan menghibur anda semua yang sentiasa menyokong saya," katanya yang memulakan persembahan dengan lagu Seri Dewi Malam yang dirakam tahun 1968.

Dengan iringan muzik pimpinan Belle, Sharifah Aini meneruskan persembahan dengan lagu Sayangku (I Do), Putus Kasih yang dirakam pada 1982.

Pada persembahan yang berakhir pukul 12.40 tengah malam, Sharifah Aini berkata yang dia tidak puas hati kerana tidak mampu mendendangkan 30 buah lagu seperti yang dirancang.

Datuk Sharifah Aini Hiburkan Peminat Setia

Sebaliknya, penyanyi itu hanya mampu mendendangkan 19 buah lagu termasuk lagu dua lagu duet dan lima lagu medley.

"Kak Pah boleh menyanyi sampai lewat pagi, tapi kasihanlah pada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan penonton lain.

"Rupa-rupanya segmen cabutan bertuah itu banyak mencuri waktu persembahan Kak Pah. Lain kali segmen itu akan dibuat ketika tetamu sedang makan supaya Kak Pah boleh menyanyi banyak lagu," katanya.

Meskipun Sharifah Aini merasa sedikit kecewa kerana tidak mampu mendendangkan banyak lagu kerana kekangan waktu, namun peminat sebaliknya.

Sewaktu dia mendendangkan medley lagu popular era 70-an seperti Ingatan Manis Di Bulan September, Oh Di Mana, Surat Dari Seberang dan Jangan Tinggalkan Daku, ramai peminat yang bangun menari.

Apa yang pasti, setiap kali dia mengadakan persembahan pentas skala besar atau kecil, jumlah penonton tidak pernah mengecewakan.

Justeru itulah, Sharifah Aini ingin terus menggunakan suaranya untuk menghibur orang ramai sambil mengumpul dana untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan. (Sumber: Utusan Malaysia)


Video Datuk Sharifah Aini "Gerimis Mengundang" Versi MTV Karaoke.


mohdrohaizad.com - Penyanyi vateran Datuk Sharifah Aini pun boleh kena tipu pihak penganjur tambah lagilah artis muda yang baru nak berjinak-jinak kan? Entah dah kali ke berapa Sharifah Aini kena tipu sampai serik untuk terima persembahan pentas. Langkah yang bijak bila Datuk Sharifah Aini menubuhkan syarikat yang menguruskan hal persembahannya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sharifah Aini Kena Tipu Penganjur Persembahan Pentas By Mohd Rohaizad. Published: 22.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...