CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shiha Mentor Keluar Lagu Single & Album Mini


Shiha Mentor Keluar Lagu Single & Album Mini.

Enam bulan telah berlalu sejak malam finale Mentor 5. Namun buat Salma, Shiha dan Iqa, ia sebenarnya permulaan perjuangan mereka sebagai anak seni.

Jika hendak dibandingkan, nama Iqa sememangnya lebih menyerlah dengan pelbagai tawaran persembahan. Tetapi apa kurangnya Salma dan Shiha yang dalam diam, rupanya berisi.

Gambar Shiha Mentor Hasilkan Album Mini
Gambar Shiha Mentor Hasilkan Album Mini

Buat Shiha, tempoh masa enam bulan digunakan untuk menghasilkan buah tangan sulungnya buat peminat yang setia menanti. Album mini ini mengandungi lima buah lagu termasuk "Baru Bila Bertemu Mu", lagu yang ditulis khas buatnya oleh Ajai untuk pertandingan akhir Mentor 5.

Empat karya selebihnya merupakan ciptaan Kuncidemak, yang menurut Shiha, dikenalinya sewaktu Mentor lagi. Sebab itu, dia begitu selesa bekerjasama dengannya.

Shiha Mentor Akan Keluar Lagu Etnik Kreatif

Yang mungkin mengejutkan peminat adalah aliran lagu yang akan dibawa Shiha Mentor dalam album mini yang belum ditentukan judulnya lagi.

"Lagu-lagu ini bergenre balada dan 'catchy'. Bukan Shiha membelakangkan lagu etnik kreatif tetapi Shiha perlu mengikut citarasa pasaran sekarang. Jika Shiha Mentor ikut kata hati, sambutan itu barangkali tidak begitu meluas.

"Tetapi impian Shiha adalah untuk mengeluarkan sama ada sebuah single atau album etnik kreatif. Shiha orang Melayu, jadi lagu-lagu etnik kreatif tidak boleh dipinggirkan begitu saja," jelas Shiha Mentor yang akan mengeluarkan single keduanya, "Jangan Lagi Jauh" sekitar bulan ini. (Sumber: Portal Gua)


Video Shiha Mentor Lagu "Bila Bertemu Mu" Ciptaan Khas Ajai.


mohdrohaizad.com - Nampaknya Shiha Mentor bakal keluar album mini dan lagu single terbaru. Good luck Shiha, tentu fans Shiha Mentor tidak sabar untuk melihatnya beraksi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shiha Mentor Keluar Lagu Single & Album Mini By Mohd Rohaizad. Published: 13.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...