CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Skandal Jalani Sidek & Zaleha Mohd Khalid Jalin Hubungan Istimewa


Skandal Jalani Sidek & Datin Zaleha Mohd Khalid Jalin Hubungan Istimewa?

Kontroversi pengakuan eksklusif seorang usahawan, Datin Zaleha Mohd Khalid yang mengakui dia mempunyai hubungan istimewa dengan Jalani Sidek telah menyebabkan bekas jaguh badminton itu mempersoalkan motif wanita berkenaan berbuat demikian.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro semalam, Jalani Sidek yang diketahui umum sebagai suami kepada produser terkenal, Raja Azmi telah menghubungi akhbar tabloid berkenaan untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Isu bermula apabila, Zaleha Khalid, 47 tahun, secara eksklusif telah memberitahu dalam ruangan sisipan Berita Minggu, B-Pop, Ahad lalu yang dia dan Jalani Sidek mempunyai 'hubungan istimewa' tetapi tidak sedikitpun mengetepikan Raja Azmi.

Skandal Jalani Sidek dan Raja Azmi Diamkan Diri
Skandal Jalani Sidek dan Raja Azmi Diamkan Diri

Tindakan Zaleha telah menambahkan kontroversi di mana pada minggu lalu, pasangan Jalani dan Raja Azmi telah tampil dalam sebuah akhbar harian untuk membuat penafian yang mereka sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga malah mahu bercerai.

Gosip rumah tangga mereka itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar mesra Jalani bersama Zaleha di internet dan Raja Azmi sendiri mendakwa wujud pihak ketiga yang cuba mengganggu rumah tangga mereka.

Zaleha Khalid Mahu Rampas Jalani Sidek

Harian Metro semalam juga melaporkan, Jalani Sidek telah memberitahu yang dia dan isteri, Raja Azmi sentiasa menghargai jasa serta nilai persahabatan Zaleha yang juga janda anak empat itu sejak mereka berkenalan setahun lalu. Namun tindakan Zaleha mengeluarkan kenyataan sebegitu amat mengguris hati dia dan isteri.

"Apa yang boleh saya cakap sekarang, segala keputusan ada dalam tangan saya. Biarlah saya memikul tanggung jawab untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik. Apa yang penting, saya amat menyayangi keluarga saya dan menghormati perasaan isteri saya," kata Jalani menerusi laporan yang ditulis Roslen Fadzil itu,

Jalani Sidek Nasihatkan Raja Azmi Jangan Beri Komen

Jalani Sidek juga berkata, buat masa ini dia menasihatkan Raja Azmi supaya tidak memberi sebarang komen mengenai kenyataan Zaleha Khalid itu dan meminta pihak media juga tidak mengganggu isterinya buat sementara waktu.

"Biarlah saya menyelesaikan perkara ini secara tertutup antara kami. Saya sebenarnya percaya ada dalang di luar sana yang cuba menghancurkan serta mengganggu rumah saya dan Raja Azmi," kata Jalani Sidek dengan tegas. (Sumber: Portal Murai)


Tengok Video Isu Raja Azmi Isteri Jalani Sidek Kena Waran Tangkap Dibebaskan Dengan Ikat Jamin.


mohdrohaizad.com - Gosip skandal Jalani Sidek dan Datin Zaleha Mohd Khalid bertiup kencang apabila Zaleha Khalid mengakui ada hubungan istimewa dengan Jalani Sidek. Betul ke? Raja Azmi mendiamkan diri untuk mengelakkan begitu lebih kecoh. Terdapat juga sumber menggatakan yang Zaleha Khalid memang ingin merampas Jalani Sidek dengan bantuan ahli keluarga Jalani Sidek sendiri.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Skandal Jalani Sidek & Zaleha Mohd Khalid Jalin Hubungan Istimewa By Mohd Rohaizad. Published: 7.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...