CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sobri Anuar Minta Maaf Isu Hina Zaiton Sameon


Sobri Anuar (Maharaja Lawak) Minta Maaf Isu Hina Zaiton Sameon.

Pelawak Mohd Sobri Anuar, 35 tahun (Sobri Maharaja Lawak), mengakui berasa terkesan dengan impak dan respons umum susulan persembahan komedi yang didakwa mempersendakan penyanyi Zaiton Sameon pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) dan konsert Maharaja Lawak Mega (MLM), bulan lalu.

Sobri berkata kejadian tersebut menjadi pengajaran dan panduan buatnya agar lebih berhati-hati dan peka ketika berlawak, khususnya di depan khalayak atau acara-acara rasmi.

Gambar Sobri Anuar Maharaja Lawak Mega 2011
Gambar Sobri Anuar Maharaja Lawak Mega 2011

“Saya akui terkesan dengan impak kontroversi lawak itu tetapi mujurlah sokongan keluarga dan kawan-kawan rapat banyak memberi perangsang agar tidak mudah patah semangat.

“Seperti yang sudah dijelaskan kepada media sebelum ini, lawak itu bukan berniat untuk mempersendakan sesiapa tetapi cara dan pendekatan sebegitu tidak bersesuaian dengan budaya dan pemikiran masyarakat kita pada masa ini.

“Saya berharap, sedikit demi sedikit, masyarakat kita akan lebih terbuka untuk menerima pendekatan komedi begitu pada masa depan,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Apabila ditanya adakah kontroversi itu akan mengganggu gugat tumpuannya dalam MLM, Sobri berkata sebagai orang baru dia menerima segala kritikan dan akan menyesuaikan pendekatan komedinya agar lebih disenangi selepas ini.

Gambar Bob Kuman dan Sobri Anuar dalam Maharaja Lawak Mega
Gambar Bob Kuman dan Sobri Anuar dalam Maharaja Lawak Mega

“Saya harus fleksibel dan menyesuaikan komedi saya agar dapat diterima ramai. Di Malaysia, gaya komedi sedemikian masih belum dapat diterima oleh kebanyakan pihak.

“Walhal, tujuan komedi itu adalah untuk memberikan pengajaran dan teguran dalam gaya yang santai dan lawak jenaka.

“Bagaimanapun, sebagai orang Melayu dan pendatang baru, saya terima segala kritikan dan pandangan dengan hati terbuka,” katanya.

Kontroversi Sobri Anuar Hina Zaiton Sameon Bukan Untuk Popular 

Sobri juga berharap agar kontroversi yang tercetus ini akan memberikan impak positif kepada jenamanya sebagai pelawak baru tanah air.

“Saya ada merujuk kepada keluarga, teman-teman rapat dan rakan-rakan artis tentang kes ini dan mereka meminta saya melihat insiden ini daripada sudut positif.

“Terus-terang, saya sendiri tidak pasti adakah kes ini akan membantu melonjakkan nama saya atau sebaliknya.

“Apa pun, saya harus berterima kasih kepada Zaiton kerana tidak memanjangkan hal ini. Saya sangat hargai tegurannya dan menghormati penyanyi berpengalaman sepertinya,” katanya.

Sobri Anuar Bekas ASWARA

Kontroversi lawak Sobri bermula apabila bekas graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini mementaskan jenaka yang mempersendakan Zaiton Sameon ketika dia muncul sewaktu iklan pada AIM18, 12 November lalu.

Sobri meneruskan pendekatan komedi yang serupa ketika beraksi pada minggu keempat MLM, 18 November lalu, sekaligus menghangatkan lagi kontroversi berkenaan.

Sobri dan pasangannya, Bob Kuman yang bergabung sebagai kumpulan Bawal Power masih lagi meneruskan persaingan dalam MLM yang bersiaran pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132). (Sumber: Mstar)

"Isu Veena Malik Berbogel dan Pakai Tatu Dalam Majalah"

Tengok Video Sobri Anuar Hentam Joyah Utusan Malaysia dalam Maharaja Lawak Mega.





mohdrohaizad.com - Baguslah apabila Sobri Anuar si peserta Maharaja Lawak minta maaf diatas isu hina Zaiton Sameon. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk binasa.. Begitulah pepatah hebat Melayu. Diharap Sobri Anuar dapat membuat lawak yang lebih kreatif dan elakkan membuat komedi berunsur penghinaan terhadap orang lain.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sobri Anuar Minta Maaf Isu Hina Zaiton Sameon By Mohd Rohaizad. Published: 6.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...