CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Suhaila Ketagih Judi & Rokok, Isteri Jimmy Shanley


Suhaila Ketagih Judi & Rokok, Isteri Jimmy Shanley?

Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam semalam berhubung kes tuntutan personaliti TV, Jimmy Shanley, 31 yang mahukan isterinya kembali taat menyaksikan bekas pengacara Akademi Fantasia itu mendedahkan tabiat buruk isterinya.

Laporan akhbar Harian Metro dan Kosmo memetik, Jimmy Shanley atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh mendedahkan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk menjadi isteri solehah dan meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.

Gambar Suhaila Isteri Jimmy Shanley Ketagih Judi dan Rokok
Gambar Suhaila Isteri Jimmy Shanley Ketagih Judi dan Rokok

Bagaimanapun , Suhaila menurut Jimmy Shanley tidak mengotakan janji itu, sebaliknya tidak melaksanakan tanggungjawabnya untuk melayan suami dan ingkar apabila disuruh tinggal bersama-samanya selepas berkahwin.

Jimmy ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus mendakwa Suhaila bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.

Keadaan diburukkan lagi apabila sikap Suhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.

Suhaila Berjanji Berubah Tabiat Buruk Judi & Merokok

"Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.

"Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Suhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada kemudahan broadband (jalur lebar)", dakwa Jimmy lagi.

Jimmy Shanley menambah lagi, Suhaila kemudiannya menghilangkan diri bersama bekas kakak ipar dan teman baik untuk berjudi pada malam sambutan hari lahir bapa mentuanya itu pada 11 Oktober tahun lalu. Apabila pulang, Suhaila memberi alasan yang dia berjudi untuk menghilangkan tekanan.

Jimmy Shanley telah memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Suhaila, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.

Jimmy Shanley Fail Nusyuz Terhadap Suhaila

Mereka berdua kemudian dilaporkan tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas mereka bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Hasil perkahwinan singkat itu, Suhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, melahirkan bayi perempuan Zahra Rania yang kini berusia dua bulan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Saharuddin Selamat bersambung pada 23 Februari dan 5 Mac tahun depan. (Sumber: Portal Murai)


Video Suhaila Isteri Jimmy Shanley Tidak Mahu Taat Kepada Suami.


mohdrohaizad.com - Betul ke isteri Jimmy Shanley, Suhaila ketagih judi dan rokok? Entah la, kami berharap ia bukanlah benar. Namun, takkan pula Jimmy Shanley nak buat cerita burukkan isterinya kan? Jika benar, diharap Suhaila kembali taat dan berubah la sikap buruk tersebut.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Suhaila Ketagih Judi & Rokok, Isteri Jimmy Shanley By Mohd Rohaizad. Published: 16.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...