CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Suzana Shafie Pengacara Radio THR Gegar Minat Fotografi


Suzana Shafie Pengacara Radio THR Gegar Minat Fotografi.

Bagi pengacara radio THR Gegar ini, minatnya terhadap fotografi memang tidak dapat dipisahkan.

Kesempatan S3 mengikut Suzana Shafie, 30 tahun, ke Zoo Negara baru-baru ini jelas memperlihatkan anak kelahiran Kuala Lumpur ini benar-benar membuktikan minatnya terhadap dunia fotografi.

Lebih manis lagi, minat Suzana Shafie itu turut disulami dengan nalurinya yang sememangnya cintakan haiwan.

Menurut anak sulung daripada dua beradik ini, jika berkesempatan, dia akan meluangkan masa pada hujung minggu di Zoo Negara.

Gambar Suzana Shafie Pengacara Radio THR Gegar Pencinta Haiwan
Gambar Suzana Shafie Pengacara Radio THR Gegar Pencinta Haiwan

“Jika saya ada kelapangan, saya pasti akan datang ke sini.

“Bagi saya, apabila berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ini, ia sedikit sebanyak membuat diri saya tenang.

“Malah apabila sudah dapat tangkap gambar yang kita kehendaki, rasa macam satu kepuasan.

“Kepuasan ini ditambah lagi apabila dapat melihat telatah haiwan yang bermacam ragam yang ada di sini,” kata pengacara Segmen Ceria Pagi ini sambil bersedia untuk menangkap gambar gajah.

Suzana Shafie Bela Monyet

Selain itu, Suzana Shafie juga sempat berkongsi pengalamannya bersama penulis mengenai monyet peliharaannya, Aya.

“Aya merupakan hadiah daripada adik saya memandangkan dia tahu saya memang sukakan haiwan.

“Apa yang menarik tentang Aya ialah dia sangat jinak dan manja dengan saya.

“Malah jika saya baru pulang dari kerja, dia akan menunggu saya di depan pintu rumah.

“Tetapi apabila dia meningkat dewasa, dia menjadi semakin agresif.

“Sebab itu saya terpaksa melepaskan Aya ke hutan pada awal tahun lalu setelah mendapat nasihat daripada pihak berkenaan,” ujarnya yang tidak dapat menyembunyikan rasa sedih.

Cita-cita Suzana Shafie Buka Pusat Perlindungan Haiwan

Jauh di dalam hati Suzana, jika berpeluang, dia sebenarnya menyimpan hasrat untuk membina sebuah pusat perlindungan haiwan.

“Jika boleh, satu hari nanti saya nak buka sebuah pusat rawatan haiwan terbiar.

“Sekurang-kurangnya apabila melihat haiwan yang sakit kembali sembuh, sejuk hati saya,” ujarnya.

Malah bagi Suzana, jika ingin memelihara haiwan biarlah dengan hati yang ikhlas.

Bela Haiwan Dengan Hati Ikhlas

“Kalau nak pelihara haiwan apa sekali pun, pastikan kita menjaga mereka dengan elok.

“Jagalah mereka dengan sepenuh hati kerana saya percaya haiwan juga memerlukan kasih sayang secukupnya daripada kita.

“Layanlah mereka dengan sebaiknya dan bukannya sekadar memelihara haiwan semata-mata kerana mengikut trend sahaja,” ujarnya jujur sebelum mengakhiri bicara. (Sumber: Utusan Malaysia)


Tengok Video Klip Najwa Latif Live di Radio THR Gegar Lagu "Carta Hati".


mohdrohaizad.com - Suzana Shafie pengacara radio THR gegar minat bidang fotografi dan pencinta haiwan. Niat murni Suzana Shafie untuk membuka pusat perlindungan haiwan wajar dipuji, kami harap cita-cita Suzana Shafie tercapai.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Suzana Shafie Pengacara Radio THR Gegar Minat Fotografi By Mohd Rohaizad. Published: 10.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...