CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Syamsul Yusof Berlagak Sombong Dengan Polis


Betul Ke Syamsul Yusof Berlagak Sombong Dengan Polis Trafik?

Dengar cerita baru-baru Syamsul Yusof ada sound seseorang. Dia ialah seorang penguatkuasa yang menahan awak dalam satu sekatan jalan raya baru-baru ni. Betul ke?

Saya sound orang? Mana ada. Ini satu fitnah! Saya malas nak cakap panjang mengenai hal ini sebab saya tahu kalau saya cakap, nanti saya akan dikritik lagi.

Benar atau tidak Syamsul Yusof ada ditahan dalam satu sekatan jalan raya kerana kesalahan cermin kereta yang digelapkan?

Gambar Syamsul Yusof Berlagak Samseng Di Jalan Raya
Gambar Syamsul Yusof Berlagak Samseng Di Jalan Raya

Ya. Saya mengaku ada ditahan kerana kesalahan itu. Tapi ceritanya tak adalah baru sangat. Adalah dalam tempoh dua bulan lepas.

Kena tahan satu hal, yang tak enaknya, Syamsul Yusof didakwa berlagak dan berlaku biadap pada penguatkuasa itu? Apa dah jadi ni?

Siapa yang sampaikan fitnah ni? Mari sini saya nak bersemuka sebab saya pun nak tahu cerita sebenar dan dari mana dia dapat tahu pasal ini. Demi Allah, saya tak ada marah atau maki hamun penguatkuasa yang dimaksudkan. Memang dia ada minta lesen, iyalah saya mengaku salah sebab cermin gelap. Kena saman tak mengapalah, tapi mana ada saya maki hamun penguatkuasa tu. Jauh sekali nak bersikap berlagak.

Betul Syamsul Yusof Tidak Hormat Pegawai Penguatkuasa?

di luar kawalan? Sebab yang saya dengar, awak buat begitu sekali gus menunjukkan seolah-olah awak tak hormat tugas mereka.

Saya mengaku kesalahan saya kerana menggelapkan cermin, tapi tak adalah bersikap macam yang didakwa. Saya pun hormat kerja mereka. Tak akan saya nak buat begitu pula.

Penguatkuasa terbabit dikatakan telah dikenakan tindakan disiplin. Semuanya kerana Shamsul menggunakan pengaruh bapa, Datuk Yusof Haslam. Cuba jelaskan sikit?

Apa ni sampai heret nama bapa saya sekali ni? Saya tak sukalah jadi macam ni. Demi Allah, saya terkejut dan sedih dengan isu ini. Terganggu emosi saya. Benda saya tak buat langsung! Kenapa orang nak buat cerita macam ini. Sebab itulah saya cakap saya nak jumpa orang yang buat fitnah ini. Tahu tak fitnah itu satu dosa besar. Kalau boleh, jumpa dan bawa sekali fakta atau bukti kalau betul saya buat benda-benda tu.

Syamsul Yusof Berlagak Sombong Sebab Artis Berjaya?

Sayang sekali bakatnya besar tetapi punya sifat sombong. Mungkin itu cemuhan orang yang mungkin Syamsul Yusof  akan terima gara-gara isu. Apa pandangan Shamsul sendiri?

Ini lumrah hidup. Saya tahu bukan semua orang suka saya. Apalagi bila saya boleh dikatakan sudah berjaya sekarang. Bila dah berjaya, saya dapat ramai kawan. Tapi kena ingat, saya juga dapat ramai musuh yang mahu melihat saya jatuh.

Jadi Syamsul Yusof nak ambil isu ini sebagai satu perkara positif? Begitu?

Mahu tidak mahu saya kenalah fikir positif. Jujurnya saya memang tak senang hati bila isu begini timbul. Masyarakat pun janganlah terlalu cepat percaya bila dengar benda-benda begini. Saya berani sumpah yang saya tak buat orang begitu. Ibu bapa saya dah didik saya untuk tidak bersikap kurang ajar dengan orang. Saya pun bukan jenis orang seperti itu. (Sumber: Utusan Malaysia)


Tengok Video Syamsul Yusof Berucap Sebagai Pengarah Filem KL Gangster.




mohdrohaizad.com - Eloklah Syamsul Yusof ambil ini sebagai pengajaran. Mungkin Syamsul Yusof tidak berniat untuk berlagak sombong dengan polis trafik yang bertugas di jalan raya tetapi kerana tertekan sebab kantoi bersalah.. Tak gitu Syamsul Yusof?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Syamsul Yusof Berlagak Sombong Dengan Polis By Mohd Rohaizad. Published: 12.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...