CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Tomok Dikatakan Tidak Layak "Konsert Semangat Inspirasi"


Tomok Kecewa Dikatakan Tidak Layak "Konsert Semangat Inspirasi"?

Tersiar di muka tengah sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia hari ini yang mengulas tentang Konsert Semangat Inspirasi yang  berlangsung di empat lokasi minggu lalu. Dalam ruangan tersebut, penulis telah mengulas tentang rasional pemilihan Tomok untuk terlibat dalam konsert tersebut.

Menerusi laman sosial Twitter milik Tomok, juara program realiti One In A Million itu meluahkan kekecewaannya terhadap penulis dan artikel tersebut.

Gambar Tomok dalam Konsert Semangat Inspirasi
Gambar Tomok dalam Konsert Semangat Inspirasi

“Saya agak terkilan dengan laporan akhbar tersebut yang mengatakan “Di mana inspirasi untuk golongan muda dari konsert ini? Kejayaan Tomok? Apa kejayaan luar biasa Tomok? Adakah Tomok layak untuk menjadi inspirasi untuk membangunkan golongan muda?” ulas Tomok.

Tambahnya lagi, “Saya rasa penulis tersebut merupakan seorang wartawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia seni. Dari awal kempen sebenarnya kerap kali pihak Coca-Cola dan Media Prima memberitahu tentang mengapa mereka memilih saya.

Tomok Kecewa Dinilai Berdasarkan Hanya Pada Konsert Semangat Inspirasi

Jangan menilai dari hari konsert itu sahaja. Bagi saya konsert itu berjaya dan banyak maklumat yang diberikan tentang semangat dan bukan hiburan semata-mata. Adakah penulis itu melihat perjalanan “Buka Semangat” saya di siding media yang telah berlangsung, program Quickie 8TV, Chop!, Melodi, stesen radio Hot FM dan media-media lain? Saya rasa tidak!” ulas Tomok panjang lebar.

Tambah Tomok lagi, “Penulis tersebut jelas tidak mengetahui sejarah perjalanan kerjaya saya, perjalanan seni saya. Saya sedar tidak ada anugerah yang pernah saya terima, saya semenangnya tidak hebat mana tetapi cinta saya kepada muzik lebih dari segalanya.”

Harapan Tomok cuma satu, “Saya berharap di masa akan datang, setiap penulis lebih-lebih lagi wartawan menulislah sesuatu yang biarlah pasti, bukan sekadar memberi ulasan yang bersifat peribadi.” ujar Tomok mengakhiri kenyataannya di laman sosial Twitter di @tomok_nb_oiam. (Sumber: Portal Gua)


Video Tomok Persembahan Pembukaan Tirai "Konsert Semangat Inspirasi".


mohdrohaizad.com - Anda rasa Tomok tidak layak berada di Konsert Semangat Inspirasi? Bagi kami, Tomok layak memandang perjalanan seni Tomok bukanlah sesuatu yang baru baginya. Good luck Tomok.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Tomok Dikatakan Tidak Layak "Konsert Semangat Inspirasi" By Mohd Rohaizad. Published: 18.12.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...