CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ANDREA ABDULLAH POPULAR SEBAB KAHWIN 7 SUAMI


Andrea Abdullah Popular Sebab Kahwin 7 Suami Dalam Drama "7 Gerhana"!

Pelakon dan pengacara, (Gambar) Andrea Abdullah menjelaskan drama lakonannya, 7 Gerhana yang sedang ditayangkan di Astro Prima telah mengubah dirinya sebagai seorang pelakon.

Andrea Abdullah berkata, drama arahan Amar Delon itu telah memcabar kredebilitinya sebagai seorang pelakon melalui watak Rozie yang dipegangnya.

"Menerusi 7 Gerhana saya belajar banyak perkara mengenai sudut lakonan kerana watak Rozie sangat mencabar dan penuh dengan emosi dan berjaya menyerlahkan sisi saya sebagai seorang pelakon," ujarnya kepada mStar Online di sini baru-baru ini.

Andrea Abdullah Mendapat Perhatian Bakat Lakonan
Andrea Abdullah Mendapat Perhatian Bakat Lakonan

Andrea berkata, dia turut gembira apabila lakonannya itu mendapat pelbagai komen positif daripada pelbagai pihak dan menurutnya ia adalah petanda baik buat kerjaya lakonannya.

Ujarnya, sebelum ini walaupun telah banyak berlakon dalam pelbagai drama namun ia jarang diberi perhatian oleh pengkritik dan penonton.

Andrea Abdullah Gembira Diberi Perhatian

"Alhamdulilah menerusi 7 Gerhana bakat saya sebagai seorang pelakon telah mula dilihat dengan serius oleh ramai pihak," ujarnya.

Drama terbitan syarikat pelakon Hans Isaac, Tall Order Prosductions itu mengisahkan mengenai seorang wanita yang berkahwin sebanyak tujuh kali namun hampir semua lelaki yang berkahwin dengannya bukan atas pilihan sendiri.

Dalam pada itu, Andrea melahirkan rasa kecewanya terhadap dunia lakonan di negara ini yang terlalu mementingkan rupa daripada bakat seseorang.

Andrea berkata, dia berharap lebih ramai pihak membuka mata terhadap pelakon sepertinya yang kurang diberi pendedahan dalam media.

"Tidak bererti pelakon seperti saya kurang mendapat pendedahan dalam media massa adalah tidak bagus dan sebaliknya.

"Jadi saya berharap selepas ini artis-artis seperti saya diberi ruang sama rata dengan nama-nama yang sering menjadi perhatian dalam mendapatkan sesuatu watak," ujarnya.

Andrea Abdullah Jadi Pengacara Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Sementara itu, Andrea yang juga seorang pengacara televisyen berkata, dia masih menggalas tugas sebagai pengacara untuk beberapa buah program untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Selera Etnik."Pengacaraan masih menjadi keutamaan saya dan jika ada tawaran saya pasti akan terima," ujarnya.

Selain 7 Gerhana, kelibat Andrea turut dapat disaksikan dalam drama terbitan Astro Ceria iaitu Epit dan Elly yang secara keseluruhannya rancangan nombor tiga paling popular di rangkaian stesen berbayar itu.

Drama 7 Gerhana kini ditayangkan di Astro Prima saluran 105 setiap hari Rabu pukul 9 malam. (Sumber: MStar)


Video Andrea Abdullah Dalam Filem "2 Alam".


mohdrohaizad.com - Nampaknya bakat Andrea Abdullah mula mendapat perhatian para pengarah dan penerbit dalam drama "7 Gerhana" dimana Andrea Abdullah berkahwin sebanyak 7 suami, lakonannya dikomen positif dan disukai ramai. Baguslah kan petanda tu Andrea Abdullah? Keep it up!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ANDREA ABDULLAH POPULAR SEBAB KAHWIN 7 SUAMI By Mohd Rohaizad. Published: 8.1.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...