CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ELFIRA LOY KENA KUTUK PEMINAT RANDID PANGALILA


Elfira Loy Kena Kutuk Peminat Randid Pangalila.

Pelakon berbakat besar, Elfira Loy menjelaskan dia tidak berkecil hati apabila ramai peminat pelakon popular Indonesia, Randid Pangalila mengutuknya menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook gara-gara gandingan mereka dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang disiarkan baru-baru ini.

Elfira Loy, 17 tahun, berkata, dia tidak melenting dengan perkara itu kerana telah menjangkakan ia akan berlaku kerana Randid adalah pelakon popular dan ramai peminat.

Elfira Loy Tidak Kisah Dikutuk Para Peminat Randid Pangalila Di Laman Sosial
Elfira Loy Tidak Kisah Dikutuk Para Peminat Randid Pangalila Di Laman Sosial

"Saya hanya ketawa apabila mengetahui ramai peminat Randid mengutuk saya di laman sosial dan sudah mengagak perkara tersebut akan terjadi.

"Kami hanya berlakon dalam satu drama dan tidak ada apa-apa berlaku di antara kami," ujar Elfira Loy kepada mStar Online.

Elfira Loy Mendapat Sambutan Hangat

Dalam pada itu, Elfira Loy berkata, perkara tersebut berlaku kerana lakonan mereka dalam drama arahan Michael Ang itu mendapat sambutan hangat sehingga diulang tayang sebanyak beberapa kali di saluran Astro Ria.

Tambahnya, adegan romantik antara mereka juga mungkin menyebabkan peminat pelakon yang popular dengan siri Nada Cinta itu berang terhadapnya.

"Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif yang diperkatakan mengenai saya dan tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu," ujar Elfira Loy.

Kehadiran Elfira Loy Diberi Perhatian Peminat

Dalam pada itu, Elfira Loy berkata, perhatian yang diberikan oleh peminat Randid terhadapnya adalah sebagai tanda kehadirannya sebagai pelakon telah disedari oleh masyarakat.

Selain Elfira Loy dan Randid, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang turut dibintangi oleh Sharifah Shahora, Didie Alias dan Sharikah Sakinah. (Sumber: Mstar)
Video Elfira Loy dan Randy Pangalila Dalam Drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.


mohdrohaizad.com - Kesianlah jugak kepada Elfira Loy yang kena kutuk oleh peminat Randid Pangalila. Peminat-peminat fanatik Randid Pangalila pasti akan melihat keburukan atau kelemahan Elfira Loy kan? Harap-harap Elfira Loy akan meningkatkan lagi bakat seni lakonannya berdasarkan kritikan yang diberi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ELFIRA LOY KENA KUTUK PEMINAT RANDID PANGALILA By Mohd Rohaizad. Published: 16.1.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...