CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

EYKA FARHANA MENUJU GLAMOR POPULARITI BINTANG


Eyka Farhana Menuju Artis Glamor Populariti Bintang!

Di sebaik pesona lakonannya dalam siri popular Juvana, tidak ramai penonton drama bersiri tersebut menyangka bahawa dia hanyalah remaja berusia 16 tahun.

Melalui siri itu jugalah, Eyka Farhana berjaya meletakkan dirinya dalam ruang tersendiri. Tanpa banyak publisiti, lakonan spontannya kini berjaya mencuri perhatian pengarah-pengarah besar. Bagi pelakon remaja yang belum mencapai usia dewasa, Eyka pasti berbangga. Dia sudah tiga kali berturut-turut disunting Bade Azmi untuk membintangi tiga buah produk dalam tempoh kurang setahun. Drama tersebut termasuklah Sejadah Kaabah yang ditayangkan Mei lalu manakala, Puteri Pulau Tuba serta Miang Buluh Keladi Birah masih belum disiarkan.

Gambar Eyka Farhana Cun Artis Malaysia
Gambar Eyka Farhana Cun Artis Malaysia

“Saya pun tak menyangka akan kerap bekerja dengan Uncle Bade, sampai tiga kali dalam tahun ini. Mula-mula memang saya diberi tunjuk ajar sepenuhnya dari aspek lakonan. Dia pengarah yang mengagumkan. Dalam Puteri Pulau Tuba, saya masih kekok-kekok juga tapi bila buat Miang Buluh Keladi Birah, saya nampak pengarah sudah mula puas hati dengan kerja saya. Sebelum ini, saya sukar untuk buat babak menangis, tapi baru-baru ini saya dapat menangis dengan mudah,” laju anak kedua daripada empat beradik itu mengatur bicara.

Mengimpikan peluang melakonkan watak jahat, Eyka Farhana sebenarnya belum meletakkan harapan besar untuk terus membina nama dalam bidang seni.

Eyka Farhana Mahu Watak Jahat

“Saya masih terlalu baharu, nak terima undangan sesi fotografi pun masih takut-takut. Lagipun saya muda lagi untuk terlalu serius dalam pekerjaan. Saya anggap lakonan sebagai aktiviti sampingan selain belajar, dapat cari duit untuk tampung keperluan sendiri dan bantu keluarga sikit-sikit.

“Saya memulakan lakonan pada awal usia, tempoh untuk saya naik atau jatuh juga cepat. Jadi saya tak mahu beri sepenuh perhatian dalam lakonan, kalau ada rezeki, saya teruskan,” katanya yang akan memulakan sesi persekolahan 2012 di tingkatan lima pada Rabu ini.

Bakal bergelar si manis 17 tahun menjelang 3 Februari nanti, tahun 2012 menjadi tahun kemuncak buat seorang remaja sebelum memasuki fasa yang lebih matang.

“Saya akan ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun nanti, jadi fokus kepada akademik kena lebih sikit, tak boleh ambil projek besar-besar, setakat telemovie bolehlah,” kata Eyka Farhana lagi.

Eyka Farhana "Jatuh Cinta"

Sedang di lokasi penggambaran drama bersiri Mencari Athirah sehingga hujung bulan nanti, malam ini Eyka bakal bergandingan dengan Fahrin Ahmad dan pelakon baru Eina Azman dalam sebuah telemovie menarik bertajuk Jatuh Cinta.

Drama Jatuh Cinta mengisahkan perkahwinan gadis kampung, Manisah dengan Badrul (Fahrin) yang mempunyai seorang anak bernama Tasha. Kehadiran Manisah mulanya dipandang negatif oleh Tasha lakonan Eyka Farhana.

“Saya bawa watak anak manja dan terlalu sayangkan bapa saya, bila dia berkahwin dengan gadis seusia saya, sesiapapun boleh ada perasaan negatif tapi bila lama-lama hidup bersama, barulah kami saya nilai sebuah ikatan,” tutup bersulam tawa. (Sumber: Kosmo!)


Video Eyka Farhana Drama "Sejadah Kaabah".


mohdrohaizad.com - Eyka Farhana memang bakal menuju glamor dan populariti seorang bintang. Sudah pasti suatu hari nanti Eyka Farhana mampu berjaya dalam bidang lakonan. Anda peminat Eyka Farhana?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

EYKA FARHANA MENUJU GLAMOR POPULARITI BINTANG By Mohd Rohaizad. Published: 1.1.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...