CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

IZWAN PILUS MAUT AKIBAT KENCING TIKUS


Penyanyi Terkenal Izwan Pilus Maut Akibat Penyakit Kencing Tikus.

Penyanyi Izwan Pilus, 33 tahun, yang popular dengan lagu Indah Lelapku dan Kembali Senyum meninggal dunia pada pukul 6.15 petang ini di Hospital Ampang, Selangor. Adiknya penyanyi Aril memaklumkan kematian abangnya melalui twitter miliknya petang ini. Alfatihah. Allahyarham meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah. Difahamkan Allahyarham juga kena jangkitan kencing tikus.

"Assalam, abang saya @izwanpilus baru sahaja menghembuskan nafasnya yg terakhir pada jam 6.15 pm." Demikian posting Aril dalam twitter miliknya.

Allahyarham Izwan Pilus Mati Akibat Jangkitan Kencing Tikus
Allahyarham Izwan Pilus Mati Akibat Jangkitan Kencing Tikus

Jenazah dimandikan di hospital dan akan dibawa pulang untuk disemadikan di Jasin, Melaka malam ini juga.
Jenazah akan dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, Melaka pada pukul 11.00 pagi esok.

Izwan atau nama penuhnya Khairil Izwan Pilus mula mendapat perhatian selepas layak ke final Bintang RTM 2004. Walaupun tidak mendapat kejayaan, tapi dia mendapat banyak peluang di RTM dengan diasah bakat sebagai pengacara program hiburan di televisyen itu.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia itu sering mendapat perhatian bila muncul dalam acara glamor kerana keberaniannya menggayakan fesyen yang pelik dan menyerlah.

Izwan sangat meminati penghibur Datuk Sudirman Hj. Arshad. Kreativiti fesyen yang sering digayakannya sedikit sebanyak mendapat ilham daripada gaya penghibur terkenal itu.

Izwan Pilus Meninggal Dunia
Izwan Pilus Meninggal Dunia

Pada 18 Januari lalu Allahyarham melalui akaun twitter  miliknya mengadu tak sedap perut.

"xLena tido mlm td sbb perut bloated dek minum protiEn.. Huh!! So I need my sleep now!!!. Demikian catatannya.

Sementara itu penyanyi Ani Maiyuni dalam akaun facebook  memberitahu dia dan Allahyarham menjayakan program Malar Segar (RTM) dan berduet lagu Kalau Bulan Bisa Ngomong minggu lalu.

November lalu Allahyarham dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan. Dia juga disahkan menghidap jangkitan kuman dalam darah. Selepas mendapat rawatan, Allahyarham kembali cergas sehinggalah dua minggu kebelakangan ini kesihatannya kembali terganggu.

Menurut anggota keluarga, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang awal pagi ini selepas mengadu sesak nafas dan wajahnya kekuningan. Sebelah petangnya keadaannya semakin teruk.

Izwan Pilus Mudah mesra

Saya sendiri mengenali Allahyarham semasa awal kemunculan. Ketika menyertai Bintang RTM, pihak produksi mengadakan aktiviti promosi sebelum finalis beraksi di pentas akhir. Saya juga pernah mengadakan sesi fotografi bersama Izwan dan beberapa finalis lain.

Peminat Seni Kehilangan Izwan Pilus

Izwan yang baru-baru mencuba nasib menjadi penyanyi dilihat seorang yang menyenangkan dan mudah mesra. Dalam temubual pada masa itu, Allahyarham begitu teruja kerana layak ke final. Dia seorang yang meyakinkan bila berkata-kata.

Kerana itulah sebaik sahaja selesai pertandingan Bintang RTM, dia mendapat peluang mengacarakan beberapa program hiburan. Kemunculannya sentiasa menghibur dan menceriakan suasana. Sebelum dapat peluang merakam lagu Allahyarham terlebih dahulu dikenali sebagai pengacara.

Allahyarham juga seorang yang santun dan sering mencium tangan setiap kali bersua dalam majlis atau di mana-mana sahaja. Gelagat periang dan cerianya tidak pernah berubah sejak awal mengenali sehingga ke hujung hayat. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin. (Sumber: Portal Gua)


Video Izwan Pilus "Indah Lelapku" Al-Fatihah.



mohdrohaizad.com - Takziah kami ucapkan kepada keluarga Izwan Pilus. Kami para peminat turut bersedih diatas kehilangan Izwan Pilus. Semoga roh Izwan Pilus dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

IZWAN PILUS MAUT AKIBAT KENCING TIKUS By Mohd Rohaizad. Published: 21.1.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...