CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KONSERT AVRIL LAVIGNE LIVE IN MALAYSIA STADIUM MERDEKA


Konsert The Avril Lavigne Black Star Tour Live In Malaysia Di Stadium Merdeka.

Malaysia bakal digegarkan dengan konsert penyanyi rock wanita terkenal yang berasal dari Kanada, Avril Lavigne dalam The Avril Lavigne Black Star Tour Live In Malaysia di Stadium Merdeka pada 18 Februari depan.

Konsert anjuran Tune Talk dan dibawakan oleh JS Concert itu merupakan siri konsert jelajah, Avril Lavigne di negara-negara Asia, Amerika dan Eropah.

Concert Avril Lavigne Live In Malaysia 2012
Concert Avril Lavigne Live In Malaysia 2012

Pastinya konsert yang akan bermula pada jam 8.30 malam itu akan memberi kepuasan kepada penonton kerana Avril dijangka akan menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Complicated, Sk8er Boi, I'm with You, My Happy Ending, Girlfriend dan banyak lagi.

Menariknya, JS Concert telah mengadakan promosi istimewa iaitu dengan membawa peminat dan penonton yang bakal menyaksikan konsert Simple Plan pada 14 Januari depan untuk menyaksikan konsert Avril secara percuma.

Caranya mudah, penganjur menawarkan tiket Avril Lavigen untuk Rock Zone yang berharga RM198 dengan percuma bagi setiap dua tiket Simple Plan yang ditebus pada koncert Simple Plan, 14 Januari ini.

Beli Tiket Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia

Walau bagaimanapun bagi yang berminat untuk menonton konsert Avril Lavigne ini sahaja boleh mendapatkan tiket di beberapa outlet seperti Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan The Guitar Store outlets dengan harga RM 298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) ; RM 98 (Regular).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket, sila hubungi Ticketpro Hotline : +603-78807999 atau membeli tiket secara online di laman web www.ticketpro.com.my.

Namun untuk mendapatkan harga istimewa dengan potongan harga tiket sebanyak 20 peratus, boleh diperolehinya apabila anda membeli tiket pada setiap hari Rabu mulai 14 Disember lalu hingga 31 Januari ini. (Sumber: Portal Murai)


Video Latest Avril Lavigne "Wish You Were Here" Live in Malaysia.


mohdrohaizad.com - Penulis memang meminati Avril Lavigne dari dulu. Rasa macam tak sabar nak pergi tengok konsert Avril Lavigne Live in Malaysia at Stadium Merdeka. Harap-harap best la nanti persembahan Avril Lavigne tu.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KONSERT AVRIL LAVIGNE LIVE IN MALAYSIA STADIUM MERDEKA By Mohd Rohaizad. Published: 7.1.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...