CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KURSUS KAHWIN: YUSRY KRU TEMAN LISA SURIHANI


Kursus Kahwin: Yusry KRU Teman Lisa Surihani!

Pelakon Lisa Surihani memberitahu terharu dengan bakal suaminya, pengarah filem, Yusry Abdul Halim kerana bertegas untuk menemaninya menghadiri kursus pra-perkahwinan pada 9 Januari nanti.

Lisa berkata, walaupun Yusry tidak perlu menghadiri kursus tersebut dia ingin menemaninya sebagai tanda sokongan kepadanya.

Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Hadir Kursus Kahwin Bersama
Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Hadir Kursus Kahwin Bersama

"Saya cakap dengan abang (Yusry) tak payah pergi tapi dia bertegas jugak untuk menemani saya pada kursus itu nanti sebagai tanda sokongan kepada saya," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Ular di KRU Studios di sini, Sabtu.

Tambahnya lagi, mereka berdua juga telah pun menjalani ujian saringan HIV pada 6 Januari lalu di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Majlis Pernikahan Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim di Hotel Marriot Putrajaya

Dalam pada itu, Lisa berkata, lokasi pernikahannya nanti akan bertukar ke Hotel Marriot Putrajaya selepas solat Maghrib selepas memikirkan faktor-faktor tertentu.

Lisa berkata, pertukaran lokasi itu adalah bagi memudahkan semua tetamu yang ingin datang dan mengelakkan kesesakan di masjid jika dibuat selepas solat Asar.

"Waktu antara Asar dan Mahgrib adalah singkat dan mungkin akan menyebabkan kesesakan di masjid dan kami tidak mahu ada apa-apa kekecohan di sana nanti kerana perlu menghormati masjid tambahan pula mungkin menyusahkan tetamu untuk datang kerana masih waktu bekerja.

"Atas dasar itu juga kita memilih untuk buat selepas Maghrib di Hotel Marriot bagi memudahkan mereka datang selepas bekerja," ujarnya.

Majlis Resepsi Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim

Terdahulu, Lisa dan Yusry mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012 dan manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sementara itu, bercakap mengenai persiapan perkahwinannya, Lisa berkata, dia bertuah kerana ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakannya banyak membantu dalam menyiapkan proses itu.

Katanya, walaupun mereka masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti masing-masing namun bersyukur semua yang dirancang berjalan dengan lancar.

"Ramai yang menolong dalam memudahkan persiapan kami dan paling penting baju nikah dan untuk bersanding telah pun ditempah.

"Mengenai konsep dan persiapan lain semuanya masih dalam perbincangan dan kami sedang usahakannya bersama-sama," ujarnya. (Sumber: MStar)


Video Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim Eksklusif  Umumkan Tarikh Perkahwinan.


mohdrohaizad.com - Baguslah apabila Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim hadir kursus kahwin bersama. Ujian HIV pun dah dijalankan, sekurang-kurangnya tunggu untuk bernikah sahaja nanti. Wedding of the year 2012 bakal menjadi milik Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KURSUS KAHWIN: YUSRY KRU TEMAN LISA SURIHANI By Mohd Rohaizad. Published: 8.1.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...