CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MENTOR 6: ADAM AF2 TIDAK KISAH BAKAT DIKRITIK & TIDAK LAYAK


Mentor 6: Adam AF6 Tidak Kisah Bakat Dikritik & Tidak Layak Jadi Mentor?

Penyanyi Adam (AF2) tidak kisah jika pemilihannya sebagai mentor bagi program realiti Mentor 6 dipertikaikan oleh segelintir pihak yang menganggapnya masih mentah dalam dunia seni muzik tanah air.

Adam AF2 berkata, hal tersebut bukanlah satu isu yang besar meskipun ramai yang tidak sedar bahawa pengalamannya dalam industri muzik tempatan sudah mencecah lapan tahun.

Adam AF2 Jadi Mentor 6 Tetapi Dipertikai Bakat dan Kelayakan
Adam AF2 Jadi Mentor 6 Tetapi Dipertikai Bakat dan Kelayakan

"Orang selalu menganggap saya masih lagi baru dan mentah dalam industri muzik. Malah kurang berpengalaman untuk mendidik seorang protege di 'Mentor 6'.

"Tetapi mereka tidak sedar bahawa sudah lapan tahun saya bergiat aktif dalam muzik. Ya, mungkin sebelum ini saya kurang berpengalaman, tetapi sedikit sebanyak ilmu itu ada dalam diri ini.

"Bukannya mahu membangga diri, berdasarkan pengalaman yang ada, saya ingin berkongsi dengan bakal protege saya nanti," jelasnya.

Adam AF2 Tidak Bangga Diri Jadi Mentor

Selain Adam, antara selebriti yang menggalas tanggungjawab sebagai mentor untuk musim terbaru ini ialah Faizal Tahir, Ferhad, Ella, Ogy Ahmad Daud, dan Ramlah Ram.

Tambahnya, memandangkan tanggungjawab menggalas peranan mentor telah pun diberi untuk dia mengasah bakat remaja yang ingin menjinakkan diri dalam industri muzik, dia ingin mencari seorang protege yang lebih berbakat untuk menggantikannya satu hari nanti.

Malah, anak kelahiran Sabah ini juga mahu menambahkan bilangan penyanyi yang boleh menari serentak, di mana ia masih lagi kurang dalam industri muzik tempatan.

"Cuba fikir, berapa ramai penyanyi 'dance' di Malaysia yang berbakat? Yang popular hanya Stacy sahaja. Justeru itu saya ingin kembalikan konsep tersebut dalam peredaran muzik kita," katanya.

Uji Bakat Mentor 6

Uji bakat Mentor 6 akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel Merdeka Palace , Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 melibatkan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari). (Sumber: MStar)


Video Mentor 6: Adam AF2 Menjadi Mentor Termuda Kepada Protege.


mohdrohaizad.com - Adam AF2 telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang beliau tidak kisah apa orang kritik menggatakannya tidak layak dan dipertikaikan kenapa jadi Mentor musim ke-6. Adakah anda bersetuju dan fikir Adam AF2 layak jadi mentor?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MENTOR 6: ADAM AF2 TIDAK KISAH BAKAT DIKRITIK & TIDAK LAYAK By Mohd Rohaizad. Published: 2.1.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...