CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

SHAHRIZAL BUKAN LAGI SHAHZ JASZLE MULAI 2012


Tukar Nama Artis: Shahrizal Bukan Lagi Shahz Jaszle Mulai 2012?

Pelakon popular Shahz Jaszle mencipta satu lagi kontroversi mengenai namanya apabila memilih untuk dipanggil Shahrizal bermula tahun 2012.

Bintang filem Azura 2012 ini berkata keputusan untuk menggunakan nama berkenaan dibuat selepas salah seorang ahli keluarganya meminta dia melakukan perkara tersebut yang dilihat lebih serasi.

Shahrizal Tukar Nama Shahz Jaszle Elak Imej Buruk Lama
Shahrizal Tukar Nama Shahz Jaszle Elak Imej Buruk Lama

"Mereka (keluarga) berkata, menggunakan nama sendiri dalam kerjaya kita akan lebih kuat auranya dan diakui saya dapat rasa perbezaan semangat selepas menukarkan kepada nama tersebut.

"Sejak menggunakan nama ini, kehidupan saya lebih stabil dari segi kewangan, kerjaya dan peribadi. Semoga penggunaan nama Shahrizal dapat mengukuhkan lagi karier saya di masa akan datang nanti," kata Shahrizal Jaszle.

Shah Jaszle Tukar Nama Shahrizal

Pelakon ini mencipta kontroversi di awal kemunculannya apabila meminta orang ramai memanggil namanya dalam sebutan Bahasa Inggeris “Shahz Jazle” (disebut Shahz Jazel) dan bukannya berbunyi “Shahz Jazli”.

Selain mengenai nama, dia turut terpalit dengan kontroversi kerana beraksi keterlaluan dalam klip video Prema Yin berjudul Marilah arahan Gambit.

Pengumuman pertukaran nama itu turut dibuatnya menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia pada Ahad lalu.
Tambahnya tahap keyakinan diri dia juga semakin tinggi sejak menggunakan nama tersebut.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana para peminat memberikan respons yang positif tentang penukaran nama itu.

Imej Positif Shahrizal Jaszle

"Alhamdulillah peminat-peminat memberi respons yang baik. Apa-apa pun saya tidak menyesal dengan keputusan ini walaupun saya telah menggunakan nama Shahz Jaszle sepanjang lima tahun dalam industri seni tempatan," kata pemilik nama penuh Mohd Shahrizal Jazle Jasmin ini.

Sementara itu, dia kini sedang berada di Australia untuk penggambaran drama Atas Nama Cinta terbitan Zeel Production selama dua minggu.

Pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut ialah Fiza (Elite), Tasha Shila dan Shah Iskandar. (Sumber: MStar)


Video Shahrizal Jaszle Tuju Lagu Buat Miera Liyana?


mohdrohaizad.com - Nampaknya Shahz Jaszle nekad tukar nama kepada Shahrizal yang sememangnya nama sebenarnya. Nampaknya azam baru tahun 2012, tiada lagi nama Shahz Jaszle digunakan dalam industri hiburan. "SHAHRIZAL" bakal mengegar dengan imej terbarunya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

SHAHRIZAL BUKAN LAGI SHAHZ JASZLE MULAI 2012 By Mohd Rohaizad. Published: 6.1.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...