CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AINAN TASNEEM POPULAR DI YOUTUBE & FACEBOOK


Ainan Tasneem Popular Di Youtube & Facebook

Rata-rata artis kelahiran laman sosial YouTube kebiasaannya punya akaun tersendiri untuk berkongsi bakat, bagaimanapun tidak buat pendatang baru bernama Ainan Tasneem Ridzuan, 20, yang dikenali menerusi saluran berkenaan.

Penyanyi yang semakin dikenali dengan lagu Aku Suka Dia ini mengakui tidak mendaftarkan diri sebagai pemilik akaun YouTube dan memilih Facebook sebagai tempat dia mencurahkan hasil kerjanya.

Bagaimanapun, penuntut jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terkejut apabila ada peminat misteri bertindak memadam klip video asal Aku Suka Dia yang sudah mendapat capaian 800,000 penonton Youtube pada hujung bulan Februari lalu.

Ainan Tasneem Artis Youtube
 Ainan Tasneem Artis Youtube

"Ada orang beritahu lagu itu tak ada dalam YouTube, saya jadi panik sekejap memikirkan macam mana boleh jadi begitu. Saya memang tak ada akaun Youtube sebab selama ini ada orang yang muat naik ke situ.

"Di YouTube orang kenal saya tapi saya tak boleh nak jawab soalan kenapa Aku Suka Dia dah tak ada di YouTube. Tapi ada peminat saya yang baik hati buat salinan kedua lagu itu," jelasnya.

Adakah penyanyi yang lahir pada 4 November 1992 ini berasa kesal dengan tindakan peminat misteri tersebut, lantas dinafikan oleh Ainan Tasneem yang bermaksud pancuran mata air dari syurga ini.

Ainan Tasneem Seksi Hot Pose Buat peminat
Ainan Tasneem Seksi Hot Pose Buat peminat

"Tidak, saya tak rasa kesal pun, tapi kejadian itu buat saya berhati-hati. Saya tahu tak semua orang senang dengan kehadiran saya ke dalam arus perdana tapi tak apalah. Saya anggap semua itu permulaan cabaran pejuang seni macam saya," hemahnya.

Ditanya adakah Ainan akan mendaftar akaun di YouTube selepas ini, penyanyi lagu Keliru dan Tak Mungkin Aku ini memberi jawapan tidak tahu lagi.

Katanya, akaun Facebook miliknya adalah tempat pertama orang luar mengenali bakatnya dan lebih baik kalau Ainan mengekalkan cara sebegitu.

"Facebook ada nilai sentimental tersendiri. Biarlah ia di situ sampai bila-bila," katanya berkias di hujung perbualan. (Sumber: Utusan Malaysia)


Video Ainan Tasneem "Aku Suka Dia" Di Youtube




mohdrohaizad.com - Ainan Tasneem mula menjadi artis rakaman setelah popular di Youtube dan Facebook. Bagaiamana dengan video Ainan Tasneem? Best kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AINAN TASNEEM POPULAR DI YOUTUBE & FACEBOOK By Mohd Rohaizad. Published: 18.3.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...