CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

AMANDA MISBUN ADIK HALIZA MISBUN SUDAH KAHWIN?


Amanda Misbun Adik Haliza Misbun Sudah Kahwin?

Pelakon Amanda Misbun, 23 mengakui dia tidak dapat menandingi kehebatan bakat lakonan kakaknya iaitu Haliza Misbun dan tidak kisah jika kurang popular seperti pelakon Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami itu.

 Amanda berkata, dia bersyukur kerana memiliki seorang kakak yang berbakat dan pada masa sama dapat mengajar selok belok dunia lakonan daripadanya.

Gambar Amanda Misbun Seksi Hot Artis Malaysia
Gambar Amanda Misbun Seksi Hot Artis Malaysia

"Jujur saya katakan, sikit pun saya tak kisah tidak meraih populariti seperti kakak dan saya lebih sukakan begitu.

"Ini kerana saya dapat mengembangkan bakat lakonan saya sebaik mungkin sehinggalah masyarakat luar menyedari kehadiran saya dalam sesebuah lakonan itu

"Dan apabila orang mula menyedari kewujudan saya dalam industri seni ini, maka kerja keras yang dilakukan itu berhasil. Alhamdulillah, segala hasil kerja saya kini mula menjadi perhatian dan ini semua berkat doa dan dorongan yang diberi oleh kakak," katanya.

Gambar Haliza Misbun Terkini
Gambar Haliza Misbun Terkini

Tambah Amanda, selama empat tahun bergelar pelakon, segala aturan perjalanan kariernya banyak dibantu oleh Haliza yang dianggap sebagai mentornya sendiri.

Dalam pada itu, pelakon drama Apa Celop itu juga bersyukur kerana publisiti yang tidak diberikan secara meluas membuatkan dia bebas daripada kontroversi.

"Alhamdullah, saya dieknali kerana lakonan dan bukannya kontroversi. Justeru itu saya mahu asah lagi bakat yang ada untuk ketengahkan di bidang lakonan yang saya sayangi ini," ujarnya.

Sementara itu, Amanda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 3 Mac lalu berkata, dia lebih gemar mengambil tawaran berlakon drama supaya jangka masa penggambaran yang lama itu dapat dimanfaatkan dengan mengasah dan mempelajari lakonan dengan orang yang berada di sekelilingnya. (Sumber: MStar)


Video Amanda Misbun Ditemubual




mohdrohaizad.com - Amanda Misbun merupakan adik Haliza Misbun yang sedang naik popular. Adakah Amanda Misbun sudah kahwin? Ya Amanda Misbun baru sahaja menamatkan zaman bujang baru-baru ini dengan Hairulzain Fauzi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AMANDA MISBUN ADIK HALIZA MISBUN SUDAH KAHWIN? By Mohd Rohaizad. Published: 26.3.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...