CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

BIODATA AIMAN HAKIM RIDZA - PROFILE MENTOR 5


Biodata Aiman Hakim Ridza Abdoh - Profile Mentor 5

Aiman Hakim merupakan artis yang lahir daripada program mentor Musim ke 5 yang mana Salma berjaya menjadi juara Mentor musim tersebut. Izara Aishah pula kelahiran Dewi Remaja 2011 yang merangkul naib juara selepas tewas dengan Neelofa.

Berikut ingin saya kongsikan sedikit biodata ataupun info tentang Aiman Hakim.

Nama Penuh : Aiman Hakim bin Ridza Abdoh
Tarikh Lahir : 17 Januari 1989
Tempat Lahir : Johor Bahru
Umur : 23 Tahun

Sejak dari lahir Aiman tinggal di johor sehinggalah tahun 1990. Kemudian, dia berpindah ke Pulau Pinang hingga  1994. Bermula tahun 1994 dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya.

Selain mempunyai bakat nyanyian, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Aiman pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.

Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo. Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia bermain bola sepak bersama pasukan Bayern Munich. Kiranya Aiman ni bukan sahaja hebat dalam bidang nyanyian, malah turut hebat dalam dunia bola sepak.

Drama Aiman Hakim - Vanila Coklat

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat, Aiman Hakim menjelaskan populariti yang dikecapnya kini tidak akan merubah dirinya sehingga menjadi seorang yang memilih.

 Aiman berkata, walaupun sudah mula dikenali, hakikatnya dia adalah seorang pelakon baru yang masih dalam proses pembelajaran dan perlu mencuba pelbagai watak sekiranya ditawarkan.

"Popular tidak menjamin kejayaan saya sebagai pelakon kerana sedar diri saya masih baru dan perlu lebih banyak pendedahan dalam bidang lakonan.

"Kejayaan drama ini juga tidak bererti saya akan mula memilih watak selepas ini hanya kerana telah dikenali," ujarnya kepada mStar Online.

Aiman Hakim dan Izara Aishah Bercinta Dalam Drama
 Aiman Hakim dan Izara Aishah Bercinta Dalam Drama

Aiman ditemui selepas majlis tayangan episod terakhir Vanila Coklat bersama peminat di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini, Selasa.

Dalam pada itu, ditanya mengenai namanya antara carian paling popular di Google, Aiman berkata, dia tidak tahu mengenai perkara itu namun bersyukur kehadirannya dalam bidang seni mula disedari masyarakat.

Katanya, populariti yang dimiliki perlu digunakan sebaik mungkin selain perlu terus berusaha untuk memperbaiki diri supaya mendapat sokongan peminat.

"Insya-Allah kejayaan saya tidak akan membuatkan saya hanyut sebaliknya akan lebih berusaha keras dalam membina nama dalam bidang ini.

"Saya akan terus melakukan apa yang dirasakan betul dengan mendapat nasihat daripada orang terdekat," katanya.

Sementara itu, Aiman yang juga bekas peserta program realiti Mentor musim ke-5 bersama mentornya, penyanyi Rahim Maarof memberitahu walaupun sudah mencipta nama sebagai pelakon dia masih memasang hasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Lagu Single Aiman Hakim "Bicara Hati"

Kata Aiman, buat permulaan dia bakal muncul dengan single terbaru berjudul “Bicara Hati” ciptaan Adi dari kumpulan 6ixth Sense dalam masa terdekat.

"Nyanyian yang telah memperkenalkan nama saya dalam bidang ini jadi tidak semudah itu untuk terus saya lupakan cita-cita awal saya ingin melibatkan diri dalam bidang ini.

"Saya masih memasang impian untuk menghasilkan album sendiri pada masa hadapan tetapi buat permulaan saya bakal muncul dengan sebuah single baru.

"Bagaimanapun saya perlu menunggu lagu tersebut keluar kerana pihak produksi masih menunggu persetujuan daripada dua buah drama yang berminat untuk menggunakan Bicara Hati sebagai lagu tema untuk drama mereka,"ujarnya.

Bagaiamanpun kata Aiman, dia tidak mahu terburu-buru sebaliknya ingin menumpukan pada sesuatu perkara terlebih dahulu kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen.

"Sekarang saya banyak terikat dengan tawara berlakon dan kerana itu tidak mahu terburu-buru mengejar semua benda dalam satu masa," ujarnya. (Sumber: MStar)

Video Aiman Hakim Lagu "Kau & Aku"




mohdrohaizad.com - Dah puas tengok biodata profile Aiman Hakim Ridza Abdoh bekas Mentor 5? Anda peminatnya? Jangan lupa untuk LIKE facebook AIMAN HAKIM RIDZA.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA AIMAN HAKIM RIDZA - PROFILE MENTOR 5 By Mohd Rohaizad. Published: 15.3.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...