CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FAEZAH ELAI KUTUK MAKI WARTAWAN DI TWITTER


Faezah Elai Kutuk Maki Wartawan Di Twitter

Pelakon kontroversi Faezah Elai dipercayai mengamuk lagi apabila dia tidak senang diajukan soalan tentang wataknya di dalam filem Jidin Sengal.

Faezah Elai Mengamuk Di Twitter
Faezah Elai Mengamuk Di Twitter

Insiden ini berlaku ketika sidang media yang diadakan selepas prebiu filem Jidin Sengal pada malam Selasa lalu. Faezah dikatakan tergamam seketika apabila salah seorang wartawan meminta komen tentang watak Ella Sunti yang ada persamaan dengan kehidupan peribadinya.

Lebih teruk lagi, pelakon yang mengahwini pengarah Heykal Hanafiah ini turut menempelak wartawan itu dengan mengatakan dia sengaja mahu "mengenakannya".

Faezah Elai Maki Di Twitter Mengadu Kepada Suami
Faezah Elai Maki Di Twitter Mengadu Kepada Suami

Mungkin kerana sudah hilang mood, Faezah bertindak menghilangkan diri selepas meminta diri untuk ke tandas. Namun ketidakpuasan hati Faezah ini dipercayai tidak berhenti setakat itu sahaja.

Masih menggunakan laman Twitter sebagai medan meluahkan perasaan, tetapi kali ini luahannya disampaikan oleh suami kesayangan, Heykal Hanafiah.

Cuba anda lihat dan baca sendiri kenyataan tersebut. Apa pendapat anda tentang perkara ini? (Sumber: Portal Gua)


Video Majlis Persandingan Faezah Elai dan Heykal Hanifah


mohdrohaizad.com - Begitulah apabila pihak wartawan bertanyakan soalan sensitif, Faezah Elai tidak dapat mengawal lagi perasaannya. Terasa dengan pertanyaan yang dianggap terlalu peribadi, Faezah Elai kutuk maki wartawan di laman Twitter suaminya. Sampai macam tu sekali ya? Takda tempat lain dah ka nak mengadu?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FAEZAH ELAI KUTUK MAKI WARTAWAN DI TWITTER By Mohd Rohaizad. Published: 15.3.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...