CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ISU KONTROVERSI VIDEO MILEA AIMELLIA BERAKSI LUCAH


Isu Kontroversi Video Milea Aimellia Beraksi Lucah Selesai?

Pelakon baru, Milea Aimellia,19, akui lega selepas menerima kata minta maaf secara terbuka dari sebuah blog hiburan yang telah mendakwa gambar lucah yang tersebar adalah milik pelakon itu.

Permohonan maaf secara terbuka itu telah diadakan dalam sidang media yang dilakukan oleh pihak Seniman di Saloma Bistro, petang semalam.

Milea Aimellia berharap sidang media tersebut dapat membersihkan nama baiknya dan juga keluarga yang selama ini telah tercalar.

Melia Aimellia Seksi Hot Nafi Beraksi Lucah
Melia Aimellia Seksi Hot Nafi Beraksi Lucah

"Saya kini berasa sedikit lega kerana pihak blog hiburan itu sudah mengakui kesilapan mereka dan bersetuju untuk meminta maaf atas dakwaan dan penyebaran gambar lucah tersebut.

"Walaupun bukan mudah untuk saya menerima maaf daripada mereka selepas memecah belahkan keluarga saya dan juga kehilangan banyak tawaran berlakon, namun saya tetap memaafkan mereka.

"Selepas ini saya akan membatalkan laporan atau menarik balik tuduhan saya dari pihak polis terhadap pihak blog hiburan tersebut,"katanya.

Selain itu, pelakon Karipap-Karipap Cinta berkenaan juga telah berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak Seniman yang berjaya mengesahkan wanita dalam gambar dan video lucah itu bukan dirinya.

"Selepas membuat laporan polis saya telah meminta pertolongan Seniman untuk menyiasat hal ini.

"Setelah mereka melakukan siasatan, pihak perundangan Seniman telah mengeluarkan surat yang mengesahkan wanita dalam gambar tersebut bukan saya.

"Saya tidak tahu, bagaimana cara siasatan mereka tetapi saya amat berpuas hati kerana dapat membersihkan nama baik saya,"jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata perkara itu telah disahkan sendiri oleh bahagian perundangan Seniman.

"Ketika Emilia datang mengadu kepada saya, saya dengan rasa bertanggungjawab untuk membantunya.

"Akhirnya kami keluar dengan surat yang disahkan oleh peguam Seniman iaitu pihak yang menyiasat kes ini,"katanya.

Hal itu dianggap selesai selepas persatuan tersebut telah membuat pengesahan bahawa wanita yang beraksi lucah dalam video tersebut bukanlah Melia seperti yang didakwa. (Sumber: Portal Murai)


Video Melia Aimelia Menafikan Beraksi Bogel Lucah




mohdrohaizad.com - Berkenaan dengan isu kontroversi video Melia Aimellia kononnya beraksi lucah sudah selesai walaupun Melia menafikan itu bukan dirinya dalam video tersebut.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ISU KONTROVERSI VIDEO MILEA AIMELLIA BERAKSI LUCAH By Mohd Rohaizad. Published: 27.3.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...