CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

LIYANA JASMAY - FATHUDDIN MAZLAN MAJLIS PERTUNANGAN 28 MAC


Liyana Jasmay - Fathuddin Mazlan Majlis Pertunangan 28 Mac, Nikah Tahun 2013

“Kedua-dua kami mahukan perkara ini berlangsung dengan cepat,” ujar pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay saat diajukan mengenai majlis pertunangannya yang bakal berlangsung pada 28 Mac ini. Menurut pelakon filem ‘Papadom’ ini, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua mereka sepakat tidak mahu menangguhkan lagi perkara yang baik ini.

“Buat apa nak berpacaran, baik terus kahwin saja. Berpacaran ini remeh, jika dah tunang, ada juga ikatan yang betul. Bagi saya, kalau ‘couple-couple’ ini, zaman sekolah bolehlah,” ujar Liyana ketika ditemui pada sidang media drama siri, ‘3 Janji’, di Sri Pentas, Bandar Utama, sebentar tadi.

Liyana Jasmay - Fathuddin Mazlan Majlis Pernikahan Tahun 2013
Liyana Jasmay - Fathuddin Mazlan Majlis Pernikahan Tahun 2013

Bercerita mengenai perkenalannya dengan bakal tunang, Fathuddin Mazlan, 28, gadis berusia 24 tahun ini memberitahu, “Saya dah kenal dia lama. Dia senior saya di sekolah. Dia juga tinggal di kawasan rumah kami dan kakak saya kenal dengan kakak dia.

“Mula-mula saya ingat dia seorang yang serius dan poyo, tapi bila dah jumpa dia, dia seorang yang kelakar. Dia juga seorang yang baik dan sangat memahami. Dulu saya tak suka mat ‘smart’, saya sukakan orang yang comot dan ‘rockstar’. Tapi betul lah apa kata orang, apa yang kita tak suka, itulah yang kita akan dapat,” bicara Liyana mengenai bakal tunangnya itu.

“Kami hanya mula rapat sejak dua bulan lalu dan masa yang diambil untuk jatuh cinta dengan dia sekejap saja. Pada bulan Januari lalu, dia telah melamar saya dan saya gembira sangat sekarang. Alhamdulillah, jalan ke arah itu semuanya lancar dan tak ada sebarang halangan.”

Majlis Pertunangan Liyana Jasmay - Fathuddin Mazlan

Menyentuh mengenai majlis pertunangannya nanti, Liyana memberitahu, “Saya akan buat majlis di ‘backyard’ rumah. Majlis ini ‘simple’ saja dengan tema warna putih. Hantaran pula lima dulang dari pihak lelaki dibalas tujuh dari pihak saya. Sekarang ini saya sibuk menjalani penggambaran ‘3 Janji’ dan syukur Alhamdulillah, saya ada dua orang kakak yang banyak membantu.”

Pada majlis tersebut, Liyana turut memberitahu kepada pihak media yang beliau akan melangsungkan majlis akad nikah pada bulan Januari tahun depan. (Sumber: Portal Gua)

Video Liyana Jasmay "Cinta Bersatu"




mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan yang bakal bertunang tidak lama lagi pada 28 Mac nanti. Kami peminat mendoakan semoga pasangan ini berjaya menempuh alam pertunangan dengan penuh sabar.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

LIYANA JASMAY - FATHUDDIN MAZLAN MAJLIS PERTUNANGAN 28 MAC By Mohd Rohaizad. Published: 21.3.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...