CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PERKAHWINAN: AWAL ASHAARI - SCHA AL-YAHYA NIKAH 2012


Perkahwinan Artis: Awal Ashaari - Scha Al-Yahya Nikah 2012.

Februari lalu, Scha Al-Yahya telah mengeluarkan kenyataan yang dia dan pasangannya, Awal  Ashaari terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana sukar mendapatkan lokasi dan katering yang kebanyakkan telah ditempah awal. Selain daripada itu, Scha juga mengakui yang mereka mahu memberi laluan kepada perkahwinan pasangan popular Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani.

Persoalannya, sampai bilakah pasangan ini mahu menangguhkan perkahwinan mereka? Adakah sehingga pertengahan tahun ini atau sehingga hujung tahun ini? Menurut Awal yang ditemui pada majlis Sepetang Bersama Excellent Pictures petang tadi, dia dan Scha sebenarnya sudah mempunyai tarikh nikah dan resepsi. Namun, tarikh itu terpaksa dirahsiakan ketika ini kerana menghormati  keluarga kedua-dua belah pihak.

Sah Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya Kahwin Tahun 2012
Sah Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya Kahwin Tahun 2012

“Tarikhnya sudah ada. Tapi saya tidak boleh umumkan lagi kerana menghormati pihak keluarga. Bukan sebelah pihak saya sahaja, tetapi di sebelah pihak Scha juga. Kami akan adakan sidang media untuk buat pengumuman tentang majlis itu dan harap pihak media serta peminat memahami situasi kami. Apa yang boleh saya katakan, majlis perkahwinan kami akan berlangsung dalam tahun ini juga,” ujar Awal bersungguh-sungguh.

Dalam masa yang sama, Awal juga memberitahu dia dan Scha kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis bersejarah itu.

“Sekarang ini persiapan sudah siap 60 peratus. Tapi kami belum sempat menempah baju perkahwinan kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Lagipun, saya dan Scha masih mencari-cari pereka fesyen yang sesuai. Memang ada yang mahu menaja, namun kami masih lagi memikirkannya.

Majlis Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya Ditaja Besar-Besaran?


Kalau boleh, kami tidak mahu terlalu bergantung kepada penajaan. Biarlah berpada-pada. Saya tidak mahu kerana mengejar penajaan, majlis pernikahan dan resepsi kami tidak seperti yang diimpikan. Kalau kami ini tidak kisah, memang kami bolot semua penajaan yang datang,” ujar Awal yang tidak mahu masyakarat melabel perkahwinannya sebagai Wedding Of The Year.

“Saya dan Scha tidak bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Sebaliknya, kami hanya  mahukan sebuah majlis yang biasa untuk kami berkongsi saat-saat indah bersama peminat dan juga pihak media yang banyak memberi sokongan,” ujar Awal. Awal dan Scha mengumumkan tentang percintaan mereka kepada umum pada Ogos 2010 iaitu setelah 10 bulan digosipkan bercinta. (Sumber: Portal Gua)


Video Awal Ashaari - Scha Al-Yahya Beraya Bersama




mohdrohaizad.com - Tahniah kami ucapkan kepada Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2012. Mungkin hujung tahun 2012? Siapa tahu kan? Nantikan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mengumumkan tarikh pernikahan mereka dalam masa terdekat nanti ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PERKAHWINAN: AWAL ASHAARI - SCHA AL-YAHYA NIKAH 2012 By Mohd Rohaizad. Published: 14.3.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...