CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BELLA DALY - DRAMA NATRAH


Bella Daly (Pilih Kasih) Bawa Watak Natrah Dalam Siri Drama Baru

Pelakon muda (Gambar) Bella Daly mengakui berasa teruja dan bertuah kerana diberikan peluang untuk terlibat dalam drama bersiri terbaru Natrah yang bakal disiarkan di RTM tidak lama lagi.

 Ujar Bella atau nama sebenarnya (Gambar) Nabilah Ali Daly, 21 tahun, pembabitan dalam drama bersiri sebanyak 13 episod arahan Along Kamaludin itu adalah satu penghormatan dan pengalaman bernilai bagi pendatang baru sepertinya.

Bella Daly Seksi Hot Artis Baru Malaysia
Bella Daly Seksi Hot Artis Baru Malaysia

“Saya sudah berada di lokasi drama bersiri Natrah sejak dua minggu lalu. Saya memegang watak utama sebagai Maria Huberdina Hertogh pada zaman mudanya.

“Sebagai orang baru, saya bersyukur dan gembira dengan peluang yang diberikan kerana ia adalah sebuah naskhah yang besar dan bersejarah,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Gadis dari Sabah ini mula menceburi bidang seni selepas menyertai pencarian pelakon Pilih Kasih musim pertama, kira-kira tiga tahun lalu.

Bella Daly - Nazim Othman Bercinta?

Diusik mengenai hubungannya dengan aktor Nazim Othman, Bella berkata sikap memahami dan mengambil berat aktor itu membuatkan dia berasa selesa menjalinkan hubungan sejak kira-kira enam bulan lalu.

“Kami pernah berlakon bersama dalam sebuah produksi drama kira-kira dua tahun lalu tetapi kami tidak rapat ketika itu. Kami mula rapat dan berhubung selepas menjalani penggambaran drama Inspirasi Varsiti pada hujung tahun lalu.

“Saya senang dengan sikap Nazim yang memahami dan melindungi saya dalam banyak perkara. Dia seorang lelaki yang matang dan banyak memberikan nasihat dan bimbingan berdasarkan pengalamannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Bella Daly - Drama Qalesya

Pelakon drama bersiri Qalesya itu berkata, walaupun dia tidak keberatan untuk berkongsi mengenai kisah hubungan mereka kepada umum, fokusnya kini adalah untuk mengukuhkan namanya di persada lakonan tanah air.

“Hubungan kami memang diketahui oleh keluarga saya. Malah, saya juga tiada masalah berkongsi kisah hubungan kami dengan khalayak kerana ia tidak akan menjejaskan kerjaya.

“Cuma sebaiknya pada peringkat ini adalah lebih baik bercerita tentang kerjaya lakonan saya yang baru hendak berkembang ini,” katanya baru menamatkan penggambaran filem versi baru Gila-Gila Remaja pada bulan lalu. (Sumber: MStar)


Video Program Realiti "Pilih Kasih" Final Sebelum - Selepas




mohdrohaizad.com - Bella Dally mula mendapat perhatian setelah 3 tahun menyertai rancangan realiti Pilih Kasih. Mampukah Bella Daly menyinar dalam bidang lakonan? Jangan lupa saksikan Drama Natrah lakonan Bella Daly di RTM TV1 tidak lama lagi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BELLA DALY - DRAMA NATRAH By Mohd Rohaizad. Published: 13.4.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...