CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KUMPULAN IAMNEETA POPULAR DI YOUTUBE?


Iamneeta, Kumpulan Baru NAR Records

Setelah berjaya mencungkil bakat Najwa Latif melalui youtube, NAR Records Sdn Bhd kini memilih sebuah kumpulan baru, Iamneeta, untuk bernaung di bawah label syarikat tersebut.

 Bakat Iamneeta juga dikesan melalui laman sosial Youtube apabila video-video nyanyian mereka menarik perhatian pihak NAR, yang juga pernah menaikkan nama penyanyi Sarah Raisuddin pada awal tahun 2003.

Kumpulan IAmNeeta Popular Di Youtube
Kumpulan IAmNeeta Popular Di Youtube

Kumpulan yang dianggotai oleh 3 anak muda ini terdiri daripada Neeta selaku vokalisnya serta Anas dan Patrick sebagai gitaris .

Single pertama kumpulan ini berjudul Tuhan Tolong Aku akan dilancarkan tidak lama lagi .

Kumpulan Iamneeta Mendapat Perhatian Di Youtube

Iamneeta mendapat sambutan baik dari peminat ketika siri jelajah sahabat lalu, meskipun single mereka belum di lancarkan, kumpulan ini telah banyak menerima undangan nyanyian di sekitar kuala lumpur dan di seluruh negara.

Satu kelebihan buat kumpulan iamneeta ini adalah vokalis utamanya Neeta merupakan gadis kacukan Cina, India dan Thailand yang begitu fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Selain itu, Iamneeta juga mempunyai bakat dalam penulisan lagu, dan single pertama mereka, Tuhan Tolong Aku merupakan hasil karya pertama mereka.

Iamneeta - Tuhan Tolong Aku

Menurut kumpulan Iamneeta single ini sangat bermakna mereka, selain dapat merealisasikan cita-cita untuk merakam lagu mereka sendiri.

Lagu tersebut juga merupakan hadiah buat para peminat yang telah lama menantikan singlenya sendiri dan telah lama menyokong beliau dalam bidang seni.

Tuhan Tolong Aku kini sudahpun berkumandang di stesen-stesen radio bermula sejak awal bulan April. (Sumber: MStar)


Video Iamneeta - Tuhan Tolong Aku - Teaser




mohdrohaizad.com - Kumpulan Iamneeta mula mendapat perhatian di Youtube oleh NAR Records. Mampukah kumpulan Iamneeta bersaing di persada seni Malaysia? Dah dengar lagu "Tuhan Tolong Aku"? Best tak?

Klik Subscribe Untuk Melihat Video-Video kumpulan IAmNeeta Di Youtube

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KUMPULAN IAMNEETA POPULAR DI YOUTUBE? By Mohd Rohaizad. Published: 13.4.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...