CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

LUFYA - ZARINA ANJOULIE BERGADUH SAKAN


Zarina Anjoulie Jawab Isu Perang Lufya

Selepas kontroversi demi kontroversi yang tercetus daripada kenyataan yang dikeluarkan pelakon sensasi Zarina Anjoulie Lavocah, kini timbul pula kisah dia mengisythiharkan 'perang' kepada Lufya.

Semua ini bermula melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Lufya di sebuah portal gosip mengenai orang ramai sering terkeliru dengan wajahnya yang menyerupai Zarina dan telah membawa kepada terjadinya hal seperti gangguan seksual dan perkara lain yang memalukan Lufya.

Portal murai.com.my menghubungi Zarina untuk mendapatkan komen daripada pelakon seksi itu yang khabarnya sudah lama memendam perasaan apabila diheret ke dalam perkara yang disifatkannya cuma gosip murahan yang dicetuskan oleh Lufya.

Zarina Anjoulie dan Lufya Bergaduh
Zarina Anjoulie dan Lufya Bergaduh

"Sepanjang lima tahun berlalu, sudah banyak kali saya dengar perkara ini. Dia (Lufya) tidak berhenti-henti bercerita sana-sini yang wajahnya sering disamakan dengan saya.

"Sebuah akhbar pernah mengeluarkan cerita begini dan kali ini setelah apa yang dia lakukan saya juga harus menegakkan hal ini.

"Sepanjang saya menjadi artis selama enam tahun, saya tidak pernah dimalukan atau diraba-raba di mana-mana tempat. Mungkin dia mahu mencari publisiti murahan," ujar Zarina yang kali ini tidak boleh bersabar dengan kenyataan daripada peserta Akademi Fantasia itu.

Zarina Anjoulie Kutuk Lufya Di Twitter

Zarina juga ada menulis dalam laman Twitter peribadinya mengenai serangan balasnya kepada Lufya yang berbunyi orang ramai menggelar Zarina 'ketiak lecak' disebabkan Lufya dan ini jawapan Zarina kepada perkara ini.

"Dulu ketika saya berlakon, ramai krew produksi sangkakan saya Lufya kerana mereka memperkatakan tentang masalah yang dialami dia(Lufya). Tapi saya tidak pula menjaja cerita murahan itu kepada orang lain.

"Kali ini biar saya tampil membetulkan keadaan seperti mana juga dia mahu membetulkan tanggapan orang terhadap dirinya dan saya mahu memberitahu di sini wajahnya dan wajah saya tidak sama langsung," kata Zarina mahu menjelaskan perkara yang menjadi bualan hangat ketika ini

Lufya Tak Ada Niat Malukan Zarina Anjoulie

Lain pula cerita daripada pihak Lufya yang menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat atau maksud untuk mengaibkan Zarina Anjoulie seperti yang didakwa oleh pelakon sensasi tersebut di laman Twitter peribadinya.

Bagi mendapatkan cerita dan kisah sebenar mengapa perkara berkenaan boleh tercetus, portal murai.com.my menghubungi sendiri Lufya untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara yang kini panas juga kutukan yang dilemparkan kepadanya.

Lufya Malukan Zarina Anjoulie Pakai Tudung
 Lufya Malukan Zarina Anjoulie Pakai Tudung

"Saya tidak ada maksud mahu menjatuhkan Zarina tetapi saya hanya mahu orang ramai tahu Lufya dan Zarina adalah dua individu berbeza.

"Saya tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Kerana bukan sekali dua saya dimalukan di tempat terbuka dan saya tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.

"Seperti kejadian di The Curve, saya diraba dan individu tersebut menyebut nama Anju. Mujurlah ketika itu tidak ada orang yang lalu lalang.

"Hal sebegini membuatkan saya mahu tampil menjelaskan keadaan sebenar tetapi saya tidak menyangka begini pula jadinya," ujar Lufya yang kecewa niat baiknya disalah ertikan.

Lufya Seksi Hot Artis AF Malaysia
Lufya Seksi Hot Artis AF Malaysia

Zarina Anjoulie Memalukan Lufya?

Lufya juga diajukan soalan mengenai kenyataan Zarina yang memalukannya dan dia menggangap perkara itu sebagai bahan jenaka yang tidak masuk akal.

"Saya tidak peduli jika dia mahu mengutuk saya atau meletak gambar menunjukkan ketiak yang basah di Internet kerana itu sungguh tidak profesional dan kelakar.

"Hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya tampil dengan kenyataan sebegini bukan untuk mengaibkan dia.

"Tetapi jika dia berfikiran sedemikian, dengan menyalah ertikan maksud dan niat saya terpulanglah. Jika dia mahu mengaibkan saya itu di luar bidang kuasa saya,itu urusan dia dengan Allah.

"Saya cuma berharap dia lebih professional kerana industri hiburan kita bukannya besar mana, balik-balik akan berjumpa bertemu muka juga," ujarnya lagi. (Sumber: Portal Murai)


Video Lufya Seksi Hot - Diam (Official)




mohdrohaizad.com - Zarina Anjoulie isytihar perang ke atas Lufya, kononnya memalukan dirinya yang seksi hot. Erk.. Artis seperti Zarina Anjoulie sememangnya popular dengan kisah kontroversi sensasi yang buruk-buruk sahaja. Memang tiada yang baik tentang Zarina Anjoulie ini. Ish.. ish.. asyik nak bergaduh sakan dengan artis yang lain.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

LUFYA - ZARINA ANJOULIE BERGADUH SAKAN By Mohd Rohaizad. Published: 20.4.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...