CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MARIA FARIDA - AKSI SEKSI HOT ARTIS APBPBH


Aksi Seksi Hot Maria Farida Di Pentas ABPBH 2011

Masih terngiang-ngiang di telinga GUA persembahan hebat dari penyanyi Azlan The Typewriter dan diva popular, Ziana Zain di pentas berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011), di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu. Selain persembahan mereka berdua, tidak kurang juga hebatnya persembahan lain yang turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri seperti persembahan Ombak Rindu dan Gempak Dangdut.

Namun, dalam banyak-banyak persembahan, ada juga pihak yang kurang bersetuju dengan persembahan pembukaan di mana Stacy, Alyah dan Dato’ Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Inggeris dari penyanyi luar negara, seolah-olah sudah tidak ada lagu tempatan yang bagus untuk diangkat. Tapi, GUA percaya, pihak penganjur mempunyai sebab yang tersendiri dan ingin melakukan kelainan sempena penganjuran majlis anugerah yang sudah memasuki suku abad ini.

Gambar Maria Farida Beraksi Seksi Hot Di APBPBH 2011
Gambar Maria Farida Beraksi Seksi Hot Di APBPBH 2011

Apa-apapun, dalam persembahan pembukaan tersebut, GUA cukup tertarik dengan persembahan pembukaan dari penyanyi Alyah yang menyampaikan lagu nyanyian Lady Gaga, ‘Bad Romance’. Ketika persembahan tersebut, GUA sama sekali tidak menjangkakan dua penari wanita tersebut ialah Maria Farida dan Watie Elite. Jadi, apa kata anda, hebat tak persembahan tarian mereka?

GUA berpeluang bertemu dengan Maria Farida ketika majlis ‘post-party’ ABPBH 2011 baru-baru ini. Menurut pelakon filem Datin Ghairah ini, beliau agak berdebar membuat persembahan tersebut memandangkan beliau sudah lama tidak menari di depan khalayak ramai.

Maria Farida Menari Ghairah

“Saya berdebar sangat masa menari sebab dah lama tak buat persembahan tarian. Kali terakhir saya buat persembahan bersama Kit Kat Club sekitar hujung 80-an. Masa mula-mula Berita Harian hubungi saya, saya tak tahu lagu apa. Bila dapat tahu lagu Lady Gaga, saya terkejut sebab saya tak pernah buat tarian macam ini. Saya berlatih sekejap sangat dan ‘belasah’ saja menari tadi,” ujar Maria sambil memberitahu sedia dikutuk.

“Saya pasti orang akan kutuk saya sebab dalam umur saya begini, saya terlompat-lompat atas pentas. Saya hanya menari untuk peminat sempena ulangtahun ABP kali ini. Kalau nak kutuk, kutuk saja, saya berfikiran terbuka. Lagipun, apa yang kita buat, semuanya salah.

“Apa-apapun, saya tahu batasnya dan saya juga tak pakai terlalu menonjol. Saya pakai seluar ‘tracksuit’ di dalam. Lagipun, umur macam ini tak kan saya nak menari selalu, sekali sekala bolehlah. Sekurang-kurangnya, ia mengubat kerinduan saya di pentas tarian,” ujar Maria mengakhiri perbualan. (Sumber: Portal Gua)

Video Maria Farida Beraksi Dalam Datin Ghairah




mohdrohaizad.com - Maria Farida memang cun, cantik tertarik siapa yang tak tergoda melihatnya. Terkini Maria Farida mendapat perhatian setelah beraksi seksi hot di APBPBH 2011. Macam mana? Cantik kan Maria Farida ini walaupun sudah berumur.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MARIA FARIDA - AKSI SEKSI HOT ARTIS APBPBH By Mohd Rohaizad. Published: 15.4.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...