CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MARSHA TERLIBAT KES DIRA PUKUL WANITA DI KELAB MALAM


Mangsa Pukul Kunci Mulut, Kasihan Nasib Marsha Londoh Dilibat Dalam Kes Dira Abu Zahar Pukul Wanita Di Kelab Malam

Kes pengacara pukul seorang wanita di sebuah kelab malam masih belum bertemu jalan penyelesaian.

Sungguhpun sebuah blog popular telah mengeluarkan bukti laporan polis berkenaan insiden itu, namun kesahihannya masih menjadi tanda tanya.

Apatah lagi, sebelum tersebarnya laporan polis itu, Dira Abu Zahar yang didakwa terbabit pernah menafikan bahawa pengacara yang dimaksudkan itu bukanlah dirinya. Lantas pengacara Propaganza, Marsha Milan pula dituduh membuat tindakan jahat itu.

Marsha Londoh Terlibat Dalam Kes Pukul Di Kelab Malam
Marsha Londoh Terlibat Dalam Kes Pukul Di Kelab Malam

Walaupun tatkala ini Murai Batu difahamkan Dira tidak boleh memberi sebarang kenyataan, teman Murai Batu telah menerima maklum balas dari mangsa pukul mengenai kenyataan yang telah dibuat oleh pengacara rancangan hiburan berkenaan. .

Bagaimanapun, sumber Murai Batu yang mempunyai makluman itu hanya menerima kiriman SMS dari kawan baik mangsa.

Menurut SMS yang dikirimkan itu, mangsa setakat ini terpaksa kunci mulut atas nasihat yang telah diberikan oleh pihak guaman mangsa.

Menurutnya, dia akan bertindak dan muncul dalam waktu terdekat untuk memberikan kenyataan.
Itupun, selepas pihak polis dan penguam selesai menjalankan tugas.

Pengacara Tersebut Bukan Marsha Londoh

Mangsa juga ada meninggalkan pesan dan menafikan pengacara yang dimaksudkan itu adalah Marsha.

Malah, mangsa memberitahu amat kasihan dengan Marsha dan meminta agar semua pihak bersabar dan hentikan tuduhan terhadap Marsha.

Dalam pada itu, mangsa turut memberitahu bahawa laporan polis yang dikeluarkan itu memang benar dari pihaknya. Namun, dia merasa pelik bagaimana kenyataan itu boleh sampai ke pihak blogger tersebut.

Dalam erti kata yang lain, laporan asal itu masih lagi ditangannya dan dia langsung tidak memberikan laporan berkenaan kepada blogger itu.

Oleh itu, Murai Batu mendapat tahu, blogger berkenaan hanya mendapat salinan laporan itu dari pihak yang tidak sepatutnya.

Jangan Tuduh Marsha Sebarangan

Untuk itu, pihak mangsa memberitahu agar semua pihak bersabar dan jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh memudaratkan orang lain.

Apapun, Murai Batu berharap kes ini akan selesai dalam masa terdekat.

Sebolehnya, Murai Batu mahu dengar dulu pengakuan dari kedua-dua belah pihak. Barulah semua orang boleh buat keputusan.

Mungkin juga pihak Seniman boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Mana taknya, Seniman telah memberitahu akan menyelesaikan masalah berkaitan artis selepas mereka membantu nasib yang melanda pelakon Melia. (Sumber: Portal Murai)


Video Artis Kaki Pukul Orang?




mohdrohaizad.com - Terkejut jugalah apabila nama Marsha Londoh tiba-tiba dikata terlibat dalam kes pengacara pukul seorang wanita di kelab malam. Kes ini dikatakan berpunca daripada Dira Abu Zahar yang sebenarnya memukul wanita tersebut, bukannya Marsha. Pening-pening, yang mana satu ni?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MARSHA TERLIBAT KES DIRA PUKUL WANITA DI KELAB MALAM By Mohd Rohaizad. Published: 16.4.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...