CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NATASHA HUDSON - CARLEED KHAZA (MAJLIS PERKAHWINAN / PERNIKAHAN)


Natasha Hudson - Carleed Khaza (Majlis Perkahwinan / Pernikahan)

Biarpun majlis pernikahan (Gambar) Natasha Hudson akan berlangsung esok pagi, namun pelakon cantik berkenaan masih muncul dalam sebuah majlis fesyen di pusat beli-belah, Mid Valley malam semalam.

Ditemui portal murai.com.my pada majlis pertunjukan fesyen kaca mata Optical 88*, Natasha Hudson nyata kelihatan cukup bergaya dengan gaun kembang rekaan Dewi Sofiea, top turtle neck , turban ikatan sendiri dan cermin mata hitam pilihan.

Katanya, majlis pernikahan yang akan diadakan di Masjid Wilayah seawal jam 11 pagi itu merupakan detik perubahan penting dalam hidupnya kerana bakal bergelar seorang isteri kepada jejaka yang amat disayanginya.

Gambar Majlis Perkahwinan Pernikahan Natasha Hudson - Carleed Khaza
Gambar Majlis Perkahwinan Pernikahan Natasha Hudson - Carleed Khaza

"Memang ini adalah perkahwinan ketiga saya selepas dua perkahwinan saya sebelum ini tidak berjaya. Tapi saya percaya, jika yang pertama dan kedua tidak berjaya, saya yakin perkahwinan kali ini akan menjadi lebih baik. InsyaAllah.

"Apa yang pasti, saya tidak sabar menanti detik untuk bergelar isteri kepada seorang yang amat saya sayangi dan cukup memahami diri saya seadanya. Lagi cepat lagi bagus.

"Tak sangka, perhubungan yang hanya bermula sebagai kenalan biasa, kemudian menjadi teman baik dan kini kami akan disatukan sebagai suami isteri. Apatalah lagi masing-masing dalam bidang seni. Cukup membahagiakan saya," katanya berseri-seri.

Natasha Hudson, 29 tahun dan Khalid Kamal, 33 tahun bakal disatukan dalam sebuah majlis akad nikah serba ringkas yang hanya akan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan juga pihak media.

Bakal menggayakan persalinan dari rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff dan solekan daripada Izzat, pelakon Chermin itu menyifatkan perkahwinannya kali ini cukup istimewa dan bermakna dalam lembaran hidupnya.

Natasha Hudson Pakai Tudung

Lebih memberi makna cukup mendalam lagi apabila dia kini sudah bertudung sebaik saja pulang dari menunaikan Umrah baru-baru ini.

"Terus terang, apabila saya memberi tahu Khalid bahawa saya sudah bertudung, dia ternyata sangat gembira dengan perubahan saya itu dan dia sememangnya menyokong.

"Kerana baginya, apa yang saya lakukan ini adalah keputusan ikhlas dari sudut hati saya sendiri.

"Apatah lagi, memang sejak diusia remaja lagi saya banyak mengumpul skaf dan juga tudung. Malah ketika menunaikan Umrah, saya banyak membeli tudung di Madinah. Jadi sekarang adalah masa yang paling tepat untuk berubah,"katanya merendah diri.

Natasha Hudson - Carleed Khaza (Majlis Akad Nikah)

Selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan penuh ringkas tetapi bermakna, pelakon cantik Natasha Hudson kini menjadi milik cinta hatinya Carleed Khaza.

Telah dinikahkan di Masjid Wilayah, Jalan Duta, di sini sekitar jam 12 tengah hari, Natasha telah menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa kek, sireh junjung, Al-Quran dan haruman.

Manakala Natasha Hudson telah menyediakan hantaran sebanyak tujuh dulang seperti haruman, sepersalinan baju, cincin, kek, sejadah, Al-Quran digital dan sireh junjung.

Natasha Hudson, Carleed Khaza Selamat Dinikahkan

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Natasha Hudson, 29, akhirnya sah menjadi isteri kepada penyanyi hip hop dan komposer, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Mohd Khalid Kamal, 33, pada kira-kira jam 11.55 tengah hari tadi.

Mereka yang dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis nikah di Masjid Wilayah, Jalan Duta.

Dalam majlis yang ringkas itu, Natasha Hudson yang mengenakan busana rona krim rekaan Shahidah Shariff telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh suaminya Carleed Khaza untuk sesi pembatalan air sembahyang.

Selain sebentuk cincin, Natasha turut menerima mas kahwin sebanyak RM80 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa kek, sireh junjung, Al-Quran dan haruman.

Hantaran Perkahwinan Natasha Hudson dan Khalid Kamal

Pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak tujuh dulang seperti haruman, sepersalinan baju, cincin, kek, sejadah, Al-Quran digital dan sireh junjung.

Majlis nikah tersebut turut disaksikan oleh ibu Natasha iaitu Ratna Hussin dan juga kedua ibu bapa Carleed iaitu Mohd Kamal Albakri dan Aisha Abdul Manaf.

Dihadiri lebih kurang 700 orang tetamu, majlis turut dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua pihak dan rakan-rakan artis sepeti Mizz Nina, Noh Hujan, Anis Nabila dan beberapa artis lain.

Pernikahan kali ketiga Natasha ini hanya diraikan dalam majlis nikah pada hari ini sahaja.

Perkahwinan terdahulu Natasha telah dikurniakan seorang cahaya mata, Neesa Helena. (Sumber: Portal Murai)

Video Cinta Natasha Hudson - Carleed Khaza




mohdrohaizad.com - Tahniah kami semua ucapkan sempena hari berbahgia Natasha Hudson dan Carleed Khaza diatas majlis perkahwinan / pernikahan yang selamat dijalankan. Kami para peminat mendoakan semoga pasangan ini kekal bersama sepanjang hayat dan jangan bercerai ya. :)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NATASHA HUDSON - CARLEED KHAZA (MAJLIS PERKAHWINAN / PERNIKAHAN) By Mohd Rohaizad. Published: 16.4.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...