CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ADI PUTRA CERAIKAN ISTERINYA AIDA YUSOF


Adi Putra Belum Pasti Mahu Ceraikan Isteri

Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra belum memutuskan sama ada untuk bercerai ataupun tidak dengan isterinya, Aida Yusof.

 Adi,32, berkata, mereka akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dekat sini pada Isnin ini sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu.

Adi Putra Pelakon Seksi Hot Melayu
Adi Putra Pelakon Seksi Hot Melayu

“Pada hari itu nanti Hakim Syarie akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut.

“Kami amat menghargai segala doa dan usaha untuk menyelamatkan rumah tangga ini,” katanya kepada portal dailychilli.com di sini, Khamis.

Gambar Aida Yusof Isteri Adi Putra
Gambar Aida Yusof Isteri Adi Putra

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera berkata, kunjungan mereka ke mahkamah adalah jalan terakhir untuk menangani kemelut rumah tangga yang sedang berlaku.

Ketika ditanya adakah pelakon Nora Danish yang dikatakan memegang watak “panas” menerusi drama bersiri Ada Apa Dengan Dhia sebagai punca keretakan rumah tangga itu, Adi memberitahu tuduhan tersebut tidak benar.

Kenapa Adi Putra Mahu Ceraikan Isterinya?

“Saya tahu macam-macam orang buat spekulasi tetapi ingin saya jelaskan, bukan pihak ketiga yang menjadi masalah perkahwinan saya ini,” katanya.

Pelakon itu dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran. -MStar.


Video Isteri Adi Putra Masih Percayakan Adi Putra




Mohdrohaizad.com - Kami para peminat berharap Adi Putra tidak mengambil tindakan terburu-buru Adi Putra yang mahu ceraikan isterinya Aida Yusof. Mungkin ada jalan penyelesaiaan, masing-masing perlu duduk berbincang untuk menyelamatkan rumahtangga. Kenapa tiba-tiba ada kaitan dengan orang ketiga ya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ADI PUTRA CERAIKAN ISTERINYA AIDA YUSOF By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...