CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AKIBAT URUTAN SEKS - ARTIS KENA SAMAN


Tukang Urut Saman John Travolta Kerana Urutan Seks

Bintang filem Hollywood, John Travolta menolok tuduhan yang dianggapnya sebagai “pembohongan tidak berasas” seorang tukang urut yang membuat tuntutan sebanyak AS$2 juta (RM6 juta) di mahkamah atas dakwaan melakukan serangan seksual semasa sesi urutan di sebuah hotel di Beverly Hills, di sini.

 Tuntutan yang difailkan itu menuduh Travolta cuba melakukan hubungan seks dengan seorang tukang urut lelaki yang dikatakan telah diupah AS$200 (RM600) untuk urutan selama sejam pada Januari lalu.

Bintang "Saturday Night Fever" dan "Pulp Fiction" itu dikatakan bertemu tukang urut berkenaan yang hanya dikenali sebagai John Doe dalam kenderaan Lexus SUV berwarna hitam pada 16 Januari lalu.

Artis Hollywood John Travolta Minta Urutan Seks
Artis Hollywood John Travolta Minta Urutan Seks

Dalam dokumen tuntutan yang dikemukakan, pelakon berkenaan dikatakan telah mengambil tukang urut tersebut ke sebuah banglo di Berverly Hills Hotel dan telah mendapat perkhidmatan untuk mengurut.

John Travolta Gay?

Bagaimanapun Travolta dikatakan telah menawarkan “urutan terbaik” ke atas tukang urut itu selain meraba-rabanya yang bertujuan untuk melakukan onani.

Tukang urut itu bagaimanapun memberitahu aktor berusia 58 tahun berkenaan yang dia tidak melakukan khidmat seks bersama pelanggan sehingga menimbulkan kemarahan Travota yang menuduhnya sebagai "tidak berguna".

Tukang Urut Didakwa Bohong

“Tuntutan mahkamah ini adalah sebuah cerita rekaan yang lengkap dan sengaja diada-adakan. Tiada apa-apa peristiwa yang telah berlaku seperti yang dikemukakan dalam saman itu.

"Plaintif, yang mengelak untuk mendedahkan identitinya mengetahui bahawa saman itu adalah satu pembohongan yang tidak berasas sedangkan dia dituntut untuk berbuat demikian (mendedahkan nama),” kata jurucakap Travolta dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi majalah People.

Jurucakap itu menambah, Travolta semasa tarikh tuduhan itu tidak berada di California tetapi berada Pantai Timur Amerika Syarikat.

Tambahnya, Travolta berhasrat untuk mendapatkan perintah agar kes tersebut digugurkan dan kemudian mahu mendakwa plaintif dan peguamnya atas tuduhan berniat jahat. - AFP


Video John Travolta - Satuday Night Fever




John Travolta Gay - Peminat Lelaki


 
Mohdrohaizad.com - Urutan terbaik John Travolta, macam-macam hal dengan artis Hollywood, apa kurangnya dengan artis Malaysia juga kan? Gara-gara akibat urutan seks, artis kena saman 2 juta.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AKIBAT URUTAN SEKS - ARTIS KENA SAMAN By Mohd Rohaizad. Published: 9.5.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...