CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ARTIS INGAT GURU YANG DIMINATI


Guru Paling Diingati Para Artis Tempatan

Tatkala bergelar pelajar, seseorang individu itu pastinya ada tercuit rasa marah terhadap golongan yang bergelar guru. Namun, rasa marah ini berubah menjadi kenangan terindah bercampur kerinduaan setelah berada dalam wilayah bukan lagi penuntut dan pelajar.

Atas dasar itu, tanggal 16 Mei semestinya dinantikan setiap insan kerana pada hari inilah golongan pendidik atau pun guru dirai sebagai insan yang banyak berkorban demi melahirkan insan yang berjaya.

Istimewa buat pembaca murai.com.my, beberapa artis tempatan telah berkongi memori yang tidak boleh dilupakan sewaktu berstatus pelajar.

Artis Ingat Guru Yang Diminati
Artis Ingat Guru Yang Diminati

Tauke Raja Lawak

"Kenangan semasa di Sekolah Rendah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu. Cikgu paling saya ingati ialah Cikgu Mat Shah. Dia adalah cikgu yang paling sporting tetapi kena piang sekali sekali dengan dia. "

Akma Abdullah

"Kenangan terindah saya adalah apabila saya diberi kepercayaan oleh Puan Noraini (guru kelab kesenian dan kebudayaan Sek Men Keb Petaling). Untuk menerajui kumpulan boria dalam pertandingan antara sekolah wilayah anjuran AADK. Kami meraih tempat pertama untuk tiga tahun berturut-turut sebelum saya berpindah ke sekolah teknik Shah Alam. Apapun, saya dan Cikgu Noraini masih berhubung sehingga sekarang."

Sharifah Shahora

"Banyak kenangan indah dengan cikgu tetapi kita orang ada seorang cikgu sejarah yang sangat garang. Nama dia Cikgu Arbain. Walaupun dia garang, kita orang pelajar tingkatan lima suka padanya. Kita orang pun suka buat dia sebagai bahan gosip sebab semua pelajar kena marah tiba-tiba dengan seorang pelajar perempuan, cikgu Arbain cakap lembut dengannya. Jadi, sekarang ini selepas 18 tahun berlalu, perkara macam ini jadi bahan usikan di facebook bekas pelajar."

Didie Alias

"Saya masih ingat dengan Cikgu Dahlia. Saya kena denda jalan itik satu sekolah. Malu,"

Mimie Harris

"Ada tiga orang guru yang saya rapat ketika sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah menengah, saya paling rapat dengan cikgu Ainudin tapi sayangnya cikgu telah meninggal dunia pada usia yang agak muda.

"Semasa sekolah, saya aktif kokurikulum dan cikgu ini merupakan cikgu IT masa sekolah menegah. Masa itu saya aktif taekwando dan saya miliki tali pinggang hitam. Jadi, cikgu banyak suruh saya ajar budak-budak untuk buat formasi. Masa waktu kelas, kadang-kadang dia minta tolong buat kerja IT.

Ramai anak murid sayangkan Cikgu Ainuddin. Dia adalah cikgu SMK Convent Alor Star yang paling sporting dan ceria. Sekarang dia dah tiada. Jadi, semua pelajar dah tak ceria .Kenangan terindah cikgu Ainuddin akan sentiasa terpahat diingatan murid-muridnya Al-fatihah.

"Semasa sekolah rendah, saya rapat dengan cikgu Zahir dan isterinya umi. Saya tidak ingat dia ajar subjek apa. Rasanya, kajian tempatan kot. Dia cikgu kokurikulum. Dia yang bawa saya buat persembahan untuk kebudayaan Kedah dan mewakili Kedah untuk pesta kebudayaan di Kuala Lumpur sekitar 2001.

Saya pun sentiasa buat persembahan untuk show dan anugerah cemerlang sekolah. Banyak kenangan terindah saya dapat sepanjang menjadi muridnya . Dia salah seorang cikgu yang membuatkan saya terus meminati bidang seni sehingga sekarang."

Man Raja Lawak

"Cikgu Thavaselvi. Guru matematik. Alasan tidak bawa buku adalah kata-kata lucah bagi beliau.. Memang seronok dan gembira bila beliau bersama kelas 5A2 Ia menjadi saksi kelas yang happening dan ceria. Kenakalan kami memangg peningkan beliau."

-Portal Murai


Video Artis Buat Shuffle Di Sekolah




Mohdrohaizad.com - Artis pun ada guru yang diminati dan diingati mereka. Bagaimana pula dengan anda? Sesetengah dah lupa nama cikgu / guru. Masih ingat lagikah kepada guru anda?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ARTIS INGAT GURU YANG DIMINATI By Mohd Rohaizad. Published: 17.5.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...