CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KERETA YUNA KENA PECAH MASUK PENCURI


Kereta Dipecah Masuk, Yuna Terima Musibah Dengan Reda

Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna menerima musibah dengan reda apabila keretanya dipecah masuk sehingga kerugian RM5,000 pada pagi Khamis.

 Pengurus penyanyi tersebut iaitu Nor Zaina Wardah (Wawa), 26, yang dihubungi mStar Online berkata, kejadian itu bukan perbuatan khianat pihak tertentu selain menganggap ia mungkin secara kebetulan.

Yuna Redha Kereta Kena Pecah Masuk Pencuri
Yuna Redha Kereta Kena Pecah Masuk Pencuri

“Yuna reda dengan kejadian itu. Ia mungkin kebetulan dan kami tidak syak ia perbuatan khianat,” kata Wawa kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaaat.

Dalam perkembangan berkaitan Wawa berkata Yuna enggan memberi sebarang kenyataan susulan dan butiran lanjut mengenai kejadian itu demi keselamatan.

Kereta Yuna Didedahkan Media Sebagai Punca?

Ia disebabkan pihaknya bimbang pendedahan melalui media boleh menyebabkan keselamatan mereka terganggu selain bimbang kereta dipandu Yuna dikenali oleh orang ramai.

“Saya minta maaf kerana Yuna sedang sibuk dengan penggambaran pada waktu ini dan dia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kejadian itu atas dasar keselamatan.

“Memang ramai media yang menghubungi untuk mendapatkan kenyataan tetapi Yuna agak bimbang lebih banyak maklumat mengenai kereta didedahkan, ia akan diketahui umum.

“Cuma, apa yang buat Yuna terkilan adalah kehilangan radio keretanya dan gitar milik Diandra Arjunaidi yang dipinjamnya itu,” jelasnya.

Kereta Yuna - Mitsubishi ASX Menjadi Sasaran Perompak

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi Khamis, kereta Mitsubishi ASX milik penyanyi itu dilaporkan dipecah masuk di Subang Jaya, dekat sini.

Ia dipercayai dipandu seorang rakan yang juga pemain gitar kumpulan muziknya iaitu Farhan Fazlishah (Pa’an) sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu Subang Jaya.

Difahamkan juga, kejadian itu mengakibatkan Yuna kerugian sebanyak RM5,000 apabila radio kereta Yuna dan gitar artis barunya Diandra Arjunaidi yang dipinjam penyanyi baru itu turut dicuri. -Mstar.


Video Popular Yuna - Terungkir Di Bintang




Mohdrohaizad.com - Terkini kisah artis Yuna, keretanya dipecah masuk oleh pencuri, banyak barang berharga hilang dengan kerugiaan mencecah RM5,000.. Nasib kereta tak hilang sama, mungkin perompak tersebut takut nak buat lari sebab kereta artis popular kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KERETA YUNA KENA PECAH MASUK PENCURI By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...