CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

MAJLIS PERNIKAHAN NURUL WAHAB - ERIC DANIEL DEPP


Jodoh Nurul Wahab dengan lelaki Perancis

Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, penyanyi hitam manis, (Gambar) Nurul Wahab akan bertemu dengan puluhan media tempatan yang mana matlamat utamanya ialah untuk melancarkan single terbarunya.

 Namun daripada kad undangan yang portal murai.com.my terima, turut tertera perkataan 'sidang media' yang mungkin membawa maksud cukup mendalam buat penyanyi Kerana Terluka itu.

Sukar untuk diertikan apakah maksud yang tersirat di sebalik perkataan berkenaan tetapi ketika portal murai.com.my bertanyakan sendiri Nurul Wahab berhubung kehadiran kad jemputan berkenaan, dapat dirasai kebahagiaan yang tercerna di dalam setiap bait bicaranya.

Gambar Kad Kahwin Nurul Wahab
Gambar Kad Kahwin Nurul Wahab

Nurul Wahab seakan merahsiakan sesuatu dan dia juga nampaknya ingin meluahkan sesuatu yang cukup bermakna ketika majlis yang akan diadakan sekitar jam 3 petang, hari ini.

Mungkinkah Nurul Wahab ingin membuat pengumuman di hadapan pihak media untuk menamatkan zaman solonya? Atau mungkin ada perkhabaran lebih besar lain yang ingin dikongsi selebriti kelahiran Pulau Pinang itu?

Portal murai.com.my akan memberikan laporan selanjutkan sejurus saja selesai majlis pra dengar single terbaru dan 'sidang media' Nurul Wahab petang ini.

Sama-sama kita nantikan, apakah yang akan terpacul dari mulut Nurul Wahab.

Nurul Wahab Tak Plan Undang Bekas Suami Ke Majlis Nikah

Bakal menamatkan zaman solo pada 6 Jun ini, penyanyi hitam manis, Noorulhuda Abd Wahab, 35, atau Nurul Wahab bagaimanapun tidak bercadang untuk mengundang bekas suaminya Ajai ke majlis bersejarah berkenaan.

Bercakap kepada pihak media sempena sidang media sempena pelancaran album mini terbarunya d Dutches Place, Jalan Ampang di sini, petang tadi, Nurul Wahab berkata langkah itu diambil sebagai menunjukan bahawa dia sudah melupakan bayangan perkahwinan bersama komposer terkenal berkenaan lebih lima tahun lalu selain meneruskan hidup baru.

Nurul Wahab bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka dari Perancis yang dikenali sebagai Eric Daniel Depp, 47, dalam sebuah majlis pernikahan serba ringkas pada 6 Jun ini.

"Ya saya akan menamatkan zaman solo saya bersama Eric yang telah saya kenali lebih setahun lalu.

"Dia telah melamar saya pada Februari 2011 di hadapan ibu-bapanya dan dia telah menyarungkan cincin pada Februari tahun ini.

"IsyaAllah sebuah majlis pernikahan yang hanya akan dihadiri 200 tetamu bakal diadakan di Dutchess Place pada 6 Jun ini, diikuti majlis resepsi sebelah keluarga pihak lelaki di Bali pada 14 Jun ini,"katanya yang cantik dengan persalinan Rizman Ruzaini.

Pada majlis itu juga turut diumumkan syarikat produksi NHW Production yang akan mengawal selia kegiatan seni pelantun suara Tangis Syukur itu selain penaja yang akan terbabit untuk majlis pernikahan berkenaan.

Wedding Planner - Tajaan Majlis Pernikahan Nurul Wahab

Antara yang terbabit ialah Rizman Ruzaini dan Bon Zainal selaku penaja pakaian pengantin, Zaha Wedding Planner (pelamin), Dutchess Place (lokasi pernikahan) dan Jakel sebagai penaja fabrik.

Ditanya mengapa jejaka Perancis menjadi pilihannya, Nurul Wahab berkata semua itu adalah jodoh dan takdir.

Malah dia tidak pernah menyangka telah dipertemukan dengan Eric yang pada awalnya hanya sekadar kawan biasa.

"Saya tidak pernah meletakan sesiapa, bangsa atau warna kulit untuk mengahwini saya. Semua yang berlaku adalah ketentuan dan rakan saya yang memperkenalkan saya dengannya.

"Apa yang saya tahu, sudah lima tahun dia tinggal di Malaysia dan dia seorang yang sukakan agama, budaya dan terutama sekali Malaysia.

"Alhamdulillah selepas lima tahun hidup sendirian, saya akhirnya telah dipertemukan dengan Eric yang mempunyai ciri-ciri yang saya sukakan," katanya yang turut memberitahu bahawa Eric telahpun memeluk Islam dan juga pernah menikmati alam perkahwinan.

Majlis Perkahwinan Nurul Wahab - Eric Daniel Depp

Selepas lima tahun bercerai dengan komposer, Ajai, Nurul Huda Abdul Wahab, 35, akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki berbangsa Perancis, Eric Daniel Depp, 47.

 Pengumuman itu dibuat oleh Nurul dalam satu sidang akbar di sini hari ini serentak dengan majlis pradengar album mini yang memuatkan lima lagu terbaru, terbitan Andi Merican.

Kata Nurul, majlis akad nikah akan berlangsung di Dutchess, Jalan Ampang, pada 6 Jun ini dan dibuat secara sederhana.

“Syukur alhamdulillah. Saya dipertemukan dengan seorang lelaki yang memenuhi kriteria yang saya inginkan dalam diri seorang suami.

“Perasaan saya, gembira bercampur berdebar menunggu hari pernikahan yang tidak lama lagi," katanya yang turut memberitahu, berita gembira itu disambut baik oleh anak tunggalnya, Ayu Nadhira.

Menurut beliau, majlis resepsi tidak akan diadakan secara besar-besaran tetapi sejurus selepas majlis akad nikah, jamuan makan disediakan untuk 200 tetamu sahaja terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan rapat. - Utusan / Portal Murai.


Video Nurul Wahab Live "Kerana Terluka"




Mohdrohaizad.com - Tahniah kami ucapkan kepada Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp yang bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka tidak lama lagi. Nama suami Nurul ala-ala Johnny Depp. Apa-apapun kami semua doakan semoga Nurul dan Eric berbahagia ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MAJLIS PERNIKAHAN NURUL WAHAB - ERIC DANIEL DEPP By Mohd Rohaizad. Published: 9.5.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...