CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NORA HAMIL MENGANDUNG ANAK PADA USIA LANJUT


Nora Teruja Hamil Anak Keempat

Penyanyi (Gambar) Wan Norafizah Ariffin atau Nora mengakui mempunyai perasaan teruja apabila disahkan sedang hamil dua bulan walaupun usianya kini telah mencecah 39 tahun.

 Nora berkata, walaupun cepat berasa letih namun dia gembira untuk menyambut anak keempatnya itu kerana dia dan suami iaitu komposer Johan Nawawi memang berhasrat menambah bilangan ahli keluarga.

Gambar Nora Hamil dan Cantik Bertudung
Gambar Nora Hamil dan Cantik Bertudung

"Alhamdulillahlah semenjak berhijrah dengan bertudung, banyak perkara baik telah berlaku dalam hidup saya.

"Kehadiran orang baru ini adalah berita paling istimewa buat saya dan keluarga dan mengharapkan kandungan kali ini dapat membesar dengan sempurna," ujarnya semasa sidang media pelancaran album terbarunya berjudul Hikmah: Nora, di sini pada Khamis.

Nora Mengidam Makanan Pelik

Bercerita tentang kehamilannya itu Nora berkata, seperti kebanyakan ibu mengandung lain dia tidak terkecuali mengalami alahan dan mengidam makanan yang pelik.

"Setakat ini semua berjalan lancar cuma saya cepat penat mungkin kerana faktor usia. Perkara paling pelik saya minta daripada suami pun adalah sup lidah," katanya.

Nora telah pun mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Mohd Syakir Iman, 19, Mohd Syakir Alif, 13, dan Putri Nor Dahlia, 8, hasil perkongsian hidupnya bersama Johan.

Album Nasyid Terkini Nora - Hikmah

Dalam pada itu, bercakap mengenai album terbarunya, Nora berkata, Hikmah:Nora adalah album berkonsepkan kerohanian, kasih sayang dan kehidupan bertepatan dengan penghijrahan dirinya itu.

Nora berkata, setiap lagu yang dimuatkan dalam album tersebut mempunyai sejarah tersendiri sejak pembabitannya dalam bidang hiburan kira-kira 20 tahun lalu.

"Album ini menampilkan 15 buah lagu yang dirakam dan diedarkan sebagai 'single' sebelum ini dan mesej disampaikan adalah bersesuaian dengan penghijrahan saya.

Tambah Nora, dia juga turut merakamkan semula lagu popularnya, Di Persimpangan Delima dengan menampilkan lirik baru berjudul Hikmah bersesuaian dengan konsep album tersebut.

Nora Ariffin Merakamkan Lagu Popularnya

Nora berkata, dia mengambil masa hampir tiga bulan untuk memilih lirik bagi memastikan ia sesuai dengan melodinya.

"Saya memilih lirik daripada Amran Omar kerana ia paling sesuai menggambarkan konsep keseluruhan album itu," katanya.

Selain Hikmah, antara lagu lain yang turut dimuatkan antaranya Puisi Hidup, Terima Kasih Ibu, Dari Mata Sedih, Cinta Sebenarnya dan Tulus.

Nora turut berduet dengan tiga anaknya menerusi lagu Doa.

Nora Berduet Dengan Anaknya


Antara komposer yang terlibat adalah Adnan Abu Hassan, Gjie dari kumpulan Sixth Sense, Sharon Paul dan Wan Omar Ariffin.

Dalam perkembangan sama, Nora berharap peminat dan masyarakat akan terus memberi sokongan kepada lagu-lagu berkonsepkan kerohanian supaya ia terus mendapat tempat sekali gus memartabatkan agama Islam.

Sementara itu, pada majlis sama, Nora turut dilantik sebagai duta produk minyak Argan dari Maghribi iaitu Secretleaf.

"Saya bersyukur kerana pihak Secretleaf memberi kepercayaan ini dan bersetuju mewakili mereka setelah mencuba sendiri produk yang ditawarkan, ia ternyata bagus," ujarnya. -Mstar.


Video Nora - Dipersimpangan Delima




Mohdrohaizad.com - Cantikkan Nora terkini pakai tudung.. Terkini Nora telah hamil mengandung anak keempat pada usia lanjut, bagi sesetengah artis mungkin sudah tidak mengandung pada usia tersebut.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NORA HAMIL MENGANDUNG ANAK PADA USIA LANJUT By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...