CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

SAMMY SIMORANGKIR - ALBUM AKU KEMBALI


Sammy Simorangkir Perit Dipecat Kerispatih Berbanding Meringkuk Dalam Penjara

Bekas vokalis kumpulan Kerispatih dari Indonesia, Sammy Simorangkir berkata pengalaman dipecat kumpulan itu adalah lebih perit daripada tempoh ditahan di dalam penjara selama enam bulan atas kesalahan memiliki dadah pada tahun lalu.

 Sammy atau nama sebenarnya (Gambar) Hendra Samuel Simorangkir, 30 tahun, berkata walaupun pengalaman berada di dalam penjara pasti dianggap sebagai satu detik hitam bagi sesiapa pun, dia berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Sammy Simorangkir Album Aku Kembali
Sammy Simorangkir Album Aku Kembali

"Hakikatnya saya berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai tahanan. Selepas seminggu dua keadaan tidak serumit yang disangka.

"Namun saya lebih terkesan dan perit apabila ditinggalkan bekas kumpulan saya sendiri iaitu Kerispatih gara-gara penahanan itu," katanya kepada mStar Online.

Sammy ditemui pada pelancaran album solo pertamanya berjudul Aku Kembali di Seduction Club & Live Bar di sini, petang Selasa.

Sammy Simorangkir Dipecat Kerispatih

Sammy yang mendapat jolokan penyanyi solo lelaki terbaik oleh media Indonesia itu dipecat daripada Kerispatih pada 8 Februari 2010 kerana kesalahan menggunakan dan memiliki dadah jenis syabu.

Menyambung perbualan, Sammy berkata sehingga kini dia masih trauma dan kurang berkeyakinan untuk memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo walaupun sudah diisytiharkan bebas dadah.

"Jujurnya saya masih dibelenggu trauma dan kurang berkeyakinan untuk bergerak solo. Saya ambil masa selama lima bulan untuk bangkit semula.

"Namun saya tidak menyimpan dendam. Saya hanya doakan yang terbaik untuk perjuangan Kerispatih bersama vokalis baru mereka dan berharap kerjaya solo saya juga berkembang," ujarnya.

Sammy Simorangkir Kembali Hot Dengan Album Solo
Sammy Simorangkir Kembali Hot Dengan Album Solo

Sammy berkata penghasilan album solo pertamanya itu melambangkan kemunculan semulanya dalam dunia muzik.

"Saya perlu sematkan minda yang kuat dan sihat serta bergaul dalam persekitaran yang positif bagi memperoleh kekuatan untuk mengeluarkan album.

"Syukur, setakat ini perjuangan sebagai penyanyi solo mendapat sokongan yang baik daripada peminat," akuinya.

Album Aku Kembali memuatkan 12 buah lagu antaranya Sedang Apa Dan Di Mana, Aku Kembali, Kesedihanku dan Bunda.

Album terbitan Tropic Jaya ini sudah berada di pasaran sejak Isnin lalu. -Mstar.


Video Sammy Simorangkir - Kesedihan - OST Cinta Sejati



Download Lirik Lagu Sammy Simorangkir 



mohdrohaizad.com - Sammy Simorangkir merupakan artis Indonesia yang berbakat dalam kumpulan Kerispatih. Terkini Sammy Simorangkir insaf setelah keluar penjara dan lahirkan album solo "Aku Kembali". Dah tengok video diatas? Best tak lagu Sammy Simorangkir?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

SAMMY SIMORANGKIR - ALBUM AKU KEMBALI By Mohd Rohaizad. Published: 9.5.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...