CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ARTIS GUNA SAMI BUDDHA CARI TARIKH PERKAHWINAN


Sami Buddha Bantu Angelina Jolie Pilih Tarikh Kahwin

ANGELINA Jolie yang bakal mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Brad Pitt telah meminta bantuan sami Buddha untuk memilih tarikh perkahwinan yang sesuai.
Menurut sumber, aktres berusia 37 tahun itu yang dikhabarkan akan berkahwin pada Ogos ini menggunakan khidmat sami tersebut dengan bantuan 'spiritual' agar tarikh perkahwinannya itu benar-benar menjadi tanpa sebarang penceraian di masa akan datang.

Brat Pitt dan Angelina Jolie Percaya Sami Agama Buddha
Brat Pitt dan Angelina Jolie Percaya Sami Agama Buddha
"Angelina benar-benar mengharapkan sebuah kebahagiaan yang berpanjangan dan kerana itu dia meminta bantuan sami Buddha untuk mendapatkan tarikh yang paling sesuai.
"Bagaimanapun ia bukanlah satu perkara baru untuknya kerana sebelum ini dia sering menggunakan khidmat sami itu dalam mencari tarikh sesuai mengikut kalendar Budha setiap kali ingin membuat rawatan doktor atau merancang untuk sesebuah percutian keluarga.

Sami Buddha Cari Tarikh Perkahwinan Brad Pitt dan Angelina Jolie
Sami Buddha Cari Tarikh Perkahwinan Brad Pitt dan Angelina Jolie
"Malah tarikh pelancaran filem-filemnya juga juga berdasarkan bantuan kalendar daripada agama tersebut," kata sumber kepada Contactmusic.
Sementara itu, menurut rakan-rakan terdekat, Brad tidak kisah dengan pemilihan tarikh yang dibuat kekasihnya itu dan tidak tergesa-gesa untuk berkahwin.
"Brad membiarkan hal-hal pemilihan tarikh diuruskan Angelina. Memandangkan mereka sudah hidup lapan tahun bersama, dia tidak tergesa-gesa dalam perancangan perkahwinannya itu," tambah sumber tersebut. -MStar



VIDEO ANGELINA JOLIE - BRAD PITT UMUM TARIKH PERKAHWINAN

Mohdrohaizad.com - Brad Pitt dan Angelina Jolie akhirnya akan berkahwinan setelah beberapa tahun bersekedudukan bersama tanpa sebarang ikatan yang sah. Menjadi persoalan apabila mereka mempercayai tarikh sami Buddha mampu menghalang perceraian berlaku pada masa depan. Macam tu pun ada?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ARTIS GUNA SAMI BUDDHA CARI TARIKH PERKAHWINAN By Mohd Rohaizad. Published: 11.6.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...