CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ARTIS KENA SENGAT OBOR-OBOR


Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan Digigit Obor-Obor

Pelakon remaja, (Gambar) Syafie Naswip, menerima nasib malang kerana digigit obor-obor ketika sedang mandi di Pantai Batu Empat, Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tamat penggambaran drama bersiri Miscinta Rabu lalu.

Syafie, 20, ketika dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, akibat kejadian itu dia terpaksa menerima tujuh suntikan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson, selama dua jam bagi mengurangkan bisa dalam badan.

Syafie Naswip Sakit Kena Sengat Obor-Obor Di Port Dickson
Syafie Naswip Sakit Kena Sengat Obor-Obor Di Port Dickson

"Semasa kejadian saya dan beberapa krew drama Miscinta telah mandi di pantai itu bagi meraikan tamat penggambaran drama tersebut yang telah selesai kira-kira pukul 6.45 petang pada hari berkenaan.

"Bagaimanapun setelah hampir 10 ke 15 minit saya mandi tiba-tiba lengan sebelah kanan saya telah disengat oleh obor-obor sehingga menyebabkan rasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Krew lain yang mandi tidak mengalami gigitan tersebut," ujarnya.

Tambah Syafie, walaupun doktor mengesahkan kecederaannya itu tidak serius, kesakitan akibat bisa obor-obor itu masih dapat dirasainya walaupun telah diberi tujuh suntikan.

Syafie Naswip Tidak Parah Kena Sengat

Dalam pada itu, Syafie berkata, dia juga telah membuat pemeriksaan susulan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaannya sudah beransur pulih.

"Alhamdulillahlah doktor memberitahu keadaan saya semakin pulih namun diarahkan berehat dengan secukupnya. Sepanjang minggu lalu badan saya terasa begitu lemah," katanya.

Bagaimanapun kata Syafie, dia tidak dapat berehat lama kerana bakal kembali ke set penggambaran Miscinta yang akan dihasilkan dalam bentuk telefilem pada Isnin (hari ini).

Syafie memberitahu, selain drama itu, dia juga akan muncul dengan telefilem lain berjudulCikgu Saodah arahan Azman Nor untuk siaran RTM. -Mstar




VIDEO TEMUBUAL SYAFIE NASWIP DALAM RANCANGAN FUHH!

Mohdrohaizad.com - Nasib baik artis Syafie Naswip tidak serius kena sengat obor-obor, yelah ada yang maut kena sengat obor-obor, kira bahaya jugalah tau. Apa-apa pun 7 suntikan pun dah kira dahsyatlah untuk mengurangkan bisa sengatan obor-obor. Oleh itu, kena jaga-jagalah ketika berenang berendam di dalam air laut k.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ARTIS KENA SENGAT OBOR-OBOR By Mohd Rohaizad. Published: 11.6.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...