CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

ARTIS MENGAKU PENGKID LESBIAN


Adira Akur Dirinya Sebagai Pengkid

Jika sebelum ini penyanyi kelahiran bintang Akademi Fantasia, Adira pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pengkid, kini buat julung kalinya dia menerima tawaran untuk berlakon pula dengan watak pengkid.

Adira berkata, sudah tiba masanya dia untuk berkecimpung dalam satu cabang seni lain iaitu lakonan dan penglibatannya dalam drama Tanah Kubur episod Pengkid merupakan percubaan pertamanya.

Gambar Adira Seksi Hot Terlampau
Gambar Adira Seksi Hot Terlampau

"Sebelum ini saya ada juga terima tawaran berlakon tetapi ketika itu belum bersedia untuk menceburinya.

"Tetapi kini, bila ditawarkan untuk berlakon dan memegang watak pengkid, saya terus menerimanya sekadar untuk permulaan kerjaya sebagai seorang pelakon.

"Namun, saya masih lagi dalam peringkat belajar dan saya akui banyak kekurangan ketika menjayakan drama ini," katanya ketika menjayakan Konsert Kenangan Aku Sudirman di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam semalam.

Adira Berlakon Drama Tanah Kubur

Baru sahaja selesai penggambaran drama Tanah Kubur, Adira memberitahu dia tidak berhadapan dengan banyak masalah untuk membawakan peranan berkenaan kerana dia banyak belajar dengan melihat orang sekeliling.

"Nama watak saya ialah Hashim. Dia seorang pengkid yang agak kasar dan tertarik hanya kepada wanita.
"Rasanya tidak susah untuk mengkaji watak ini kerana saya boleh mendapatinya daripada filem dan laman sesawang.

"Malah, saya juga dikelilingi oleh wanita pengkid. Dari situ saya mula membuat pemerhatian dan belajar sedikit demi sedikit," jelasnya lagi.

Adira Mahu Berlakon dan Menyanyi

Biarpun akan menceburi bidang lakonan, Adira berkata nyanyian tetap menjadi keutamaannya kini.

"Saya akan terima tawaran berlakon jika tidak terlalu sibuk dengan jemputan nyanyian sahaja.

"Saya masih pentingkan nyanyian kerana ia adalah bidang kerjaya utama saya.

"Lakonan hanya sekadar satu cabang seni yang perlu saya jelajahinya dengan kadar perlahan," tambahnya lagi.

Dalam perkwembangan lain, dia kini baru sahaja selesai merakamkan lagu untuk OST filem Lagenda Budak Setan 2. -Portal Murai


VIDEO ADIRA - ILUSI



Mohdrohaizad.com - Artis sensasi Adira sebenarnya berlakon watak Pengkid atau yang menyukai pasangan sejenis atau boleh jugak dipanggil lesbian untuk drama Tanah Kubur. Adakah Adira benar-benar Pengkid seperti kontroversi sebelumnya? 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ARTIS MENGAKU PENGKID LESBIAN By Mohd Rohaizad. Published: 4.6.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...